Monday, July 26, 2010

Apa-apa Aje La...

Sorry, seminggu tak berupdate. Sebenarnya selepas
program De Briefing tu, ada lagi satu pemantauan
yang dijangka berlaku minggu lepas. (19-23 Julai).
Melibatkan aku la juga sebab aku mengajar Mate
tahun 1. Sebab tu tak berupdate sebab aku agak
tension la sikit. mana nak fikir budak tahun 6, nak
fikir pasal kena pantau lagi..

Tapi, alhamdulillah. Sekolah aku tak termasuk dalam
senarai kena pantau minggu lepas. Lega, boleh lah
bernafas sikit. Dan minggu ni ialah minggu Trial
UPSR bagi seluruh negeri Pahang.

Minggu yang menyesakkan dada semua guru tahun 6.
Sebab melalui result trial inilah budak-budak ni
akan mengisi borang-borang ke asrama penuh.
Bak kata seorang guru senior tahun 6, trial ni
lebih penting dari UPSR sebenar.

Ada program di sekolah pada hari Jumaat 23 julai tu.
Aku tak ada gambar, nanti la aku cerita ya? Sekarang
ni dah ngantuk dan mahu tidur dulu...

No comments: