Thursday, July 29, 2010

Gadget Baru


Sebenarnya cerita ni dah lama dah. Dah basi pun. Tapi sebab
belum cerita, maka kira entry baru la ye...

Gadget ni namanya GPS. Sebab hari tu dah sesat sikit masa
first time pegi rumah hubby, maka kena la guna gadget ni
untuk mengelakkan berlakunya kesesatan lagi.

Actually, dah order GPS ni minggu nak pergi tu la tapi
sebab masa tu internet kat rumah down, tak dapat nak
online dengan orang yang aku order GPS ni. (sebenarnya
adik aku yang order, aku tukang bayar jer..) Aku bukan
reti nak online shopping ni....



GPS ni sampai hari Sabtu (3/7). masa tu aku kat rumah
hubby. Adik call dan bagi tau yang barang dah sampai.
Suruh dia test dan set semua. Yang aku tau nanti, on kan
aje...

Komen aku pasal GPS ni ialah, ianya memang la memudahkan
perjalanan aku. Kali kedua aku drive ke rumah hubby, dah
tak sesat. Elok je sampainya. Tapi yang tak tahan ialah setiap
kali lalu R&R ke, exit ke, semuanya dibantai Plaza Tol. Lepas tu
kalau lebih dari speed limit yang ditetapkan, mesti dia berbunyi
"sila patuhi had laju dan pandu cermat".. So, memang berdisiplin
la aku memandu.



Aku tak tahu la mahal ke murah aku beli GPS ni. Adik aku survey
online. Lepas tu dia pilih la yang ni. Aku ni mana la reti sangat.
Kalau suruh aku baca blog, main game kat FB, pandai la.

Rupanya senang sangat beli barang online ni kan? Bank in je duit,
bg bukti masuk duit tu, dan tunggu je barang sampai ke rumah.
Ni la first time aku try. Adik aku banyak kali dah beli barang cara
macam ni.

Ok, that's all.

5 comments:

Nizam Awang Brahim said...

Kala dapat kat koi tentu koi buat sauh perahu je.Gune tak reti..

Relevan said...

Betapa canggihnya sekarang..dunia telah dipenuhi oleh segala macam Gadget..

Saliza said...

JD,

Koi pun bkn reti sgt. Suruh adik koi set, koi on jer..

Ce kala suruh sendiri, toh ape jadinya pun...

Saliza said...

Encik Relevan,

seiring dgn kecanggihan teknologi la kononnya ni...

Hanisham Ab Halim said...

Bape rege GPS ni kak??