Selama 2 minggu ni, memang aku agak sibuk sikit.
Semuanya pasal program De Briefing ni la. Program
ni diadakan sebab prestasi yang kurang memberangsangkan
dalam Ujian Pengesanan pada bulan April hari tu.
sibuklah aku menyediakan data dan slide-slide power
point untuk dibentangkan pada 15 Julai 2010.
hari Isnin hari tu, bentangkan dalam mesyuarat, lepas
tu kena baiki semula selepas dikomen.
Sekolah aku yang ddk bawah par ialah Matematik dan
English. Untuk Mate, sure la aku yang kena bertanggungjawab
sebab aku yang mengajar kedua-dua kelas. Perasaan aku?
Nak kata berdebar dan takut tu, memang tak de la. Sebab
tahun lepas pun aku kena macam ni juga. So, macam dah
boleh handle la.
Tapi bab nak menyedia slide tu yang susah sikit. Ye la,
semua maklumat dari excel dan nak dicopy dan paste masuk
dalam power point. Ada juga la maklumat yang tak tercopy.
Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Aku tak de la kena
teruk2 cuma beberapa cadangan untuk improve je.
Sebab Penilaian 3(Mei) telah berlaku peningkatan berbanding
Pengesanan tu.
Cumanya, dalam pada tak neves tu kan, aku boleh tertinggal
buku ringkasan mengajar aku kat rumah. Dah sampai sekolah
baru perasan buku tu tinggal. Ini lesen besar seorang guru ni,
tak de buku ni memang boleh kena saman. Tak tulis sehari
pun denda RM500 tau.
Selalunya aku tak bawa balik buku tu, buat kat sekolah aje.
Tapi sebab minggu ni nak balik Klang, aku bawa balik nak tulis
siap-siap sampai hari isnin punya. Sekali tertinggal pulak. Apa
lagi, jumpa GPK dan minta kebenaran balik la. Sib baik rumah
dlm 10-15 minit je. Kalau jauh, tak ke haru...?
Ok, dah....
No comments:
Post a Comment