Friday, July 30, 2010

Mencari Remis



Sekarang ni kan aku gilir-gilir dengan hubby. Kalau minggu hubby
kerja Sabtu, aku yang akan pergi sana. Kalau minggu hubby tak kerja,
turn dia la yang balik jengka. Oh ya, hubby kerja kilang, sebab tu ada
minggu kena kerja hari Sabtu. Biasanya berselang minggu la.

Minggu baru ni, (24/25 Julai) patutnya turn hubby balik jengka. Tapi
anak pula cakap dah lama tak balik ke rumah Embah dia( mak mertua aku)
kat Sabak Bernam, maka aku la yang bergerak ke sana. Kelas tambahan
hari sabtu aku dah ganti ke hari lain.. hehehe..

Kami balik ke kampung pada hari Sabtu. Sampai kampung lebih kurang
pukul 10.45 pg. janji nak gerak awal, tapi payah nak mengejutkan anak
bangun tidur, tu yang lambat sikit tu. Hubby bukan apa, dia fikirkan nak
balik awal pulak hari Ahad tu sebab aku kena drive balik jengka pulak.

Aktiviti rutin hubby dan anak tiap kali balik sana ialah mencari remis.
Aku pulak first time nak tengok dan cari remis tu. Pagi Ahad tu, lepas
sarapan, terus ke Pantai Sungai Lang. Lebih kurang 15 minit kot naik
motor dari rumah mak mertua.

So, mari la layan gambar.



Emi yang suka hati dapat ke pantai..


Pasir kat sini bkn pasir biasa tp kulit2 siput... Lain dgn
pasir pantai kat Pahang.


Operasi mencari bermula


Kais apa tu bang?


Banyak kayu hanyut di tepi pantai


Berkerut dahi melawan panahan matahari


Pasir yang ditinggalkan setelah remisnya diambil. hahaha..


Hasil carian..... bkn ini saja ya. Hampir penuh bekas ni kami
kutip. Tapi payah nak pegang kamera dengan tangan yang
berpasir...

Ralit sangat rupanya mencari remis ni. Tapi kami tak lama
di situ. Pukul 10 dah beredar sebab nak balik ke Klang semula.
Dan pukul 3 ptgnya aku drive balik ke jengka semula.

Penat memang penat tapi penat yang berbaloi....
Oh ya, hari ni aku akan drive ke Klang lagi. Ok, dah....

Thursday, July 29, 2010

Gadget Baru


Sebenarnya cerita ni dah lama dah. Dah basi pun. Tapi sebab
belum cerita, maka kira entry baru la ye...

Gadget ni namanya GPS. Sebab hari tu dah sesat sikit masa
first time pegi rumah hubby, maka kena la guna gadget ni
untuk mengelakkan berlakunya kesesatan lagi.

Actually, dah order GPS ni minggu nak pergi tu la tapi
sebab masa tu internet kat rumah down, tak dapat nak
online dengan orang yang aku order GPS ni. (sebenarnya
adik aku yang order, aku tukang bayar jer..) Aku bukan
reti nak online shopping ni....



GPS ni sampai hari Sabtu (3/7). masa tu aku kat rumah
hubby. Adik call dan bagi tau yang barang dah sampai.
Suruh dia test dan set semua. Yang aku tau nanti, on kan
aje...

Komen aku pasal GPS ni ialah, ianya memang la memudahkan
perjalanan aku. Kali kedua aku drive ke rumah hubby, dah
tak sesat. Elok je sampainya. Tapi yang tak tahan ialah setiap
kali lalu R&R ke, exit ke, semuanya dibantai Plaza Tol. Lepas tu
kalau lebih dari speed limit yang ditetapkan, mesti dia berbunyi
"sila patuhi had laju dan pandu cermat".. So, memang berdisiplin
la aku memandu.



Aku tak tahu la mahal ke murah aku beli GPS ni. Adik aku survey
online. Lepas tu dia pilih la yang ni. Aku ni mana la reti sangat.
Kalau suruh aku baca blog, main game kat FB, pandai la.

Rupanya senang sangat beli barang online ni kan? Bank in je duit,
bg bukti masuk duit tu, dan tunggu je barang sampai ke rumah.
Ni la first time aku try. Adik aku banyak kali dah beli barang cara
macam ni.

Ok, that's all.

Monday, July 26, 2010

Apa-apa Aje La...

Sorry, seminggu tak berupdate. Sebenarnya selepas
program De Briefing tu, ada lagi satu pemantauan
yang dijangka berlaku minggu lepas. (19-23 Julai).
Melibatkan aku la juga sebab aku mengajar Mate
tahun 1. Sebab tu tak berupdate sebab aku agak
tension la sikit. mana nak fikir budak tahun 6, nak
fikir pasal kena pantau lagi..

Tapi, alhamdulillah. Sekolah aku tak termasuk dalam
senarai kena pantau minggu lepas. Lega, boleh lah
bernafas sikit. Dan minggu ni ialah minggu Trial
UPSR bagi seluruh negeri Pahang.

Minggu yang menyesakkan dada semua guru tahun 6.
Sebab melalui result trial inilah budak-budak ni
akan mengisi borang-borang ke asrama penuh.
Bak kata seorang guru senior tahun 6, trial ni
lebih penting dari UPSR sebenar.

Ada program di sekolah pada hari Jumaat 23 julai tu.
Aku tak ada gambar, nanti la aku cerita ya? Sekarang
ni dah ngantuk dan mahu tidur dulu...

Friday, July 16, 2010

De Briefing

Selama 2 minggu ni, memang aku agak sibuk sikit.
Semuanya pasal program De Briefing ni la. Program
ni diadakan sebab prestasi yang kurang memberangsangkan
dalam Ujian Pengesanan pada bulan April hari tu.

sibuklah aku menyediakan data dan slide-slide power
point untuk dibentangkan pada 15 Julai 2010.
hari Isnin hari tu, bentangkan dalam mesyuarat, lepas
tu kena baiki semula selepas dikomen.

Sekolah aku yang ddk bawah par ialah Matematik dan
English. Untuk Mate, sure la aku yang kena bertanggungjawab
sebab aku yang mengajar kedua-dua kelas. Perasaan aku?
Nak kata berdebar dan takut tu, memang tak de la. Sebab
tahun lepas pun aku kena macam ni juga. So, macam dah
boleh handle la.

Tapi bab nak menyedia slide tu yang susah sikit. Ye la,
semua maklumat dari excel dan nak dicopy dan paste masuk
dalam power point. Ada juga la maklumat yang tak tercopy.
Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Aku tak de la kena
teruk2 cuma beberapa cadangan untuk improve je.
Sebab Penilaian 3(Mei) telah berlaku peningkatan berbanding
Pengesanan tu.

Cumanya, dalam pada tak neves tu kan, aku boleh tertinggal
buku ringkasan mengajar aku kat rumah. Dah sampai sekolah
baru perasan buku tu tinggal. Ini lesen besar seorang guru ni,
tak de buku ni memang boleh kena saman. Tak tulis sehari
pun denda RM500 tau.

Selalunya aku tak bawa balik buku tu, buat kat sekolah aje.
Tapi sebab minggu ni nak balik Klang, aku bawa balik nak tulis
siap-siap sampai hari isnin punya. Sekali tertinggal pulak. Apa
lagi, jumpa GPK dan minta kebenaran balik la. Sib baik rumah
dlm 10-15 minit je. Kalau jauh, tak ke haru...?

Ok, dah....

Tuesday, July 13, 2010

Terima Kasih...


Hari ni dapat award la pulak. Dah lama tak dapat
award ni. Ye la, update pun malas, camana nak
dapat award pulak.

Terima kasih la pada Echam yang sudi memberikan
award ni pada akak. Kenal dengan Echam ni melalui
blog juga. Rupanya sama anak peneroka dan area
lebih kurang sama je.

Bila dah add kat FB, rupanya ko ni sama sekolah dengan
2 orang cikgu kat sekolah akak la, Cham. Sama umur
dengan ko juga. Tah-tah satu kelas, akak pun tak tanya
la pulak. (Psst...aweks lama ker....) hehehe jgn marah ye, Cham..

Ok, kena tag 3 orang pulak nak beri award ni ye?
Mari kita lihat siapa yang kena..... Ok, setelah puas
ditilik dengan renungan makrifat maka pemenangnya
adalah......(drum roll, please)

1) Eyna
2) Mas
3) Red

Keputusan juri adalah muktamad. Kepada pemenang,
sudi-sudikan lah ambil award ni yer...?

Wednesday, July 7, 2010

Pelik

Perkara ni berlaku pada 26/6 baru-baru ni.
Aku dpt mesej dari 22121 yang menyatakan
aku telah menerima top up RM100 melalui
air time share dari satu nombor yang tak aku
kenali.

Aku buat tak tahu je la pun sebab aku ingat
benda ni tipu je. Ala macam sms menang apa-apa
barang tu la... Pas tu aku tunjuk la kat hubby sms
tu. Dia bagi cadangan suruh aku check balance kredit
ada berapa.

Aku pun call la. Terkejut juga aku sebab balance kredit
memang bertambah RM100. Dah la nombor yang share
top up dengan aku tu aku x tau nombor sapa. Puas aku
check kat phone, memang tak tau sapa punya nombor.

Hubby aku cakap, dah orang bagi free tu, guna je la.
Memang selamba je dia. Aku tunggu la juga, kot-kot
ada yang nak telefon balik sebab silap masukkan. Tapi
sampai hari ni, tak ada pun.

Akak aku cakap anggap je orang bagi hadiah kahwin.
Entah la, aku pelik sampai hari ni. Rm100 tu, bkn sikit
kredit tu... Tapi memang la best, boleh sembang ngan
hubby lama2 tu.....

Tuesday, July 6, 2010

I-City



Pada malam minggu baru-baru ni, hubby ajak
pegi jalan-jalan ke I-City. Hubby cakap, dia pun
tak pernah pergi lagi ke situ. Anak kami pulak
cerita kat kawan-kawan dia. Ada pulak yang nak
mengikut. So, kami pun ok je la.

Lepas makan malam, barulah gerak ke sana. Tak
ada la jauh sangat dari rumah. Tapi masa ke sana
tu, gerimis la sikit. Bayaran masuk cuma RM2 saja.
Bayaran untuk parking saja dikira.

Sebab malam minggu, memang penuh la oarang
kat sana. Gerai-gerai jualan memang menggugat
dompet mak ayah la juga. Cantik tempat ni.

Jom, layan gambar.


Nampak titis-titis hujan kat cermin kereta tu kan?


Cantik lampu-lampunya


Ambil dari luar


Emi dengan Santa Claus. Emi ialah my stepson.


Peace, Ayah!


Emi n kawan2 yang ikut kami. Bdk2 ni 2 beradik.


Of coz la tuan yg empunya blog kena ada kan?


Antara yg terdapat di situ


Cantikkan?


very nice...


Aku suka pokok ni...


Gambar gelap sbb budak kecik yg tolong snap.

Ok, that's all folks.

Monday, July 5, 2010

Majlis Kahwin


Ha, gila lambat kan? Dah sebulan lebih baru nak
cerita pasal majlis kahwin. Tak pe, biar lambat
asalkan ada cerita juga. Takde la nak cerita apa
cuma nak tepek gambar aje. Si Zamani dah tanya
mananya gambar kahwin.

Ok la dik, akak tau ko sedih sebab Argentina kalah.
So meh la tengok gambar kahwin akak ni. Majlis akad
nikah ialah pada malam 28/5/2010 (Jumaat). Pada
jam 10:30 malam. Gila lambat kan? Sebab kat di
kawasan sama ada juga majlis akad nikah. Pasangan
tu dapat awal, pukul 9:00 malam.


Saat melafazkan ijab dan kabul.


Masa sarung cincin


Masa hari kenduri. Kasi klasik sikit...


Warna tema majlis, maroon-putih...

Ok, itu sahaja. Kepada kawan-kawan yang datang
meraikan majlis dari jauh dan dekat, diucapkan
jutaan terima kasih.

Doakan kebahagiaan kami ya?

Report

Hahaha.. nak buat report la pulak konon.
Sebenarnya nak laporkan bahawasanya
aku telah selamat memandu hanya setakat
Shah Alam sahaja.

Tunggu kat situ, then my hubby ambik.
Sebab aku telah termiss satu simpang
dan aku terus drive cari Shah Alam saja.

Tapi, drive balik aku telah berjaya. Sebab
lalu highway saja. Lain kali, pegi pun kena
masuk highway juga. Sebab masa my hubby
first time bawa aku hari tu, dia lalu Sungai
Buloh. Then aku pun lalu la situ, sampai termiss
jalan mana entah.

tapi kesimpulannya, berjaya la juga.

Thursday, July 1, 2010

First Try

Nak try apa pulak ni? Sebenarnya esok, Jumaat (2/7)
adalah kali pertama aku nak try drive ke rumah suamiku
di Rantau Panjang, Klang.

Ye, aku belum dapat tukar lagi. Masih lagi di Jengka dan
suami bekerja di Klang. Minggu lepas suami dah balik
sini. Minggu ni aku pulak nak try ke sana. Suami yakin
je aku boleh sampai tapi aku yang masih berbelah bagi,
boleh ke tak....

Memang la mencabarnya bila duduk berjauhan macam
ni. Kredit telefon, tak payah cakap le. Tu yang aku sanggup
tukar dari celcom ke maxis supaya sama dengan suami.
tak la rasa sangat. Kalau masa guna celcom ari tu, RM30
tu abis 30 minit je cakap. Last-last, sms je la.

So, doakan aku agar selamat memandu dan selamat
sampai ke destinasi aku ye. Selamat balik semula ke
jengka tentunya...