Friday, June 3, 2011

Movie Time

Assalamualaikum.

Aku dan hubby memang suka tengok wayang. Last kami tengok
ialah cerita Kongsi. 1/6 hari tu hubby balik awal. Pelik juga aku
sebab aku ingat dia OT macam biasa dan sampai rumah pukul 9.
Ni tak, tengah aku syok melayan cerita Nora Elena dia dah bagi
salam.

Buka je pintu terus dia kata: jom tengok wayang. Aku ok aje la.
Lepas makan dan solat maghrib kami pun keluar la ke Harbour
Place. Hajat hati nak tengok Fast 5, dari hari tu lagi berhajat nak
tengok tapi tak dapat. Malam tu pun sama juga, tak dapat sebab
penuh. Nak tengok Pirates of the Caribbean pun penuh gak. Last
choice ialah cerita Karak.

Lepas beli tiket kami pun jalan-jalan la kat ground floor. Kebetulan
The Store buat sales yang gila-gila kat situ. Hubby beli seluar
sampai 2 helai kat situ. Memang murah sungguh. Kat The Store Klang
pun tak jual harga cam tu.

Ok, meh nak citer sikit pasal filem Karak ni. 30 minit pertama tu
memang seram gile la. Nak-nak lagi masa perempuan cantik tu
tanya: encik, nampak anak saya encik.... atau tak de kepala macam
ni ke encik?... Walaupun tak de rupa yang buruk tapi seram gile la masa tu.

Lepas pada tu, memang tak seram sangat dah. Walaupun keluar
hantu yang rupa buruk tapi dah tak ada effect seram,( pada aku la). Scene
dalam2 hutan tu rasanya macam tak perlu la. Baik dia buat sepanjang
jalan nak ke Kuantan tu kena kacau dengan macam2 hantu, lagi seram aku rasa...
Tapi endingnya tu memang tak terjangka la..
Paling tak boleh lupa watak perempuan cantik tu la...

Ok, pada sapa-sapa yang belum tengok, kira ok juga la filem ni.

Thursday, June 2, 2011

Ke KLIA n I-City


Assalamualaikum.

Lama benar membiarkan blog ni bersawang. Tak sempat nak jenguk
pun. Nak kata sibuk, rasanya macam biasa saja, Tapi bila nak update
tu ada saja yang mengganggu. Bila anak nak periksa, kena la mamanya
pun cuti online.

Lepas tu pulakpasal kamera. Nak update tak bergambar rasa macam
tak best la pulak. Mula-mula tu, kamera tinggal kat jengka masa aku balik
cuti raya cina dulu. Ok, stop membebel memberi alasan....

28 Mei hari tu, aku menghantar mak mertua, abang ipar dan birasku
ke KLIA. Mereka akan mengerjakan umrah. Sebenarnya, mak mertua
ada bagi hint nak ajak aku pergi teman dia tapi hubby berat hati nak
bagi pergi. Dia berhajat nak pergi sekali, Tak apa la, insyaallah ada rezeki
kami nanti.

So, kami dari rumah pukul 3.40 pagi sebab check in barang pukul 5. Biasa
la, orang tua kan nak tepat masa. "Kami" tu ialah family aku dan family
kakak ipar. Abang ipar cuma datang berdua saja dari Kuala Lipis sebab
keluarga isterinya (biras aku la..) akan mengadakan kenduri menyambut
menantu.


Abang ipar yg depan n biras di belakang tu


Me with anak2 buah


Meriahnya suasana walaupun di awal pagi..

Malam tu aku dan hubby bawa family kakak ipar melawat ke I-City. Aku
pun dah lama tak pergi. Bayar parking pun dah mahal. Nak masuk ke
Snow World pun mahal bayarannya. Ada macam-macam game pulak tu.
Dah macam Genting pulak aku rasa... Dah tak seseronok macam dulu.




Thursday, March 17, 2011

Bersiaran dari Jengka

Assalamualaikum.

Ye, aku dah balik jengka Hari isnin 14 Mac. Gerak dari Klang
pukul 10 pagi dan sampai rumah mak pukul 1.45. Aku singgah
kejap kat hentian sebelah Lanchang. Perjalanan semua ok dan
berjalan lancar. Tak de trafik sangat bila masuk hiway LPT tu.

Yang seronoknya tentu la dapat jumpa mak. Masa kat Lanchang
tu aku call mak. Bila mak tanya kat mana, aku saja cakap aku
kat rumah lagi. Suara mak terus sedih dan dia cakap dia dah siap
masak sebab ingatkan aku balik awal. terus tak jadi usik dan bagi
tahu aku dah on de way.

Sayu je aku dengar mak bagi tahu yang sejak lepas raya cina tu
mak baru sekali je keluar ke Temerloh. Ye la, kalau masa aku
duduk jengka ari tu, boleh kata tiap-tiap minggu pegi Temerloh
tu. Bila aku tak ada ni, memang susah la mak nak keluar. Abang
ipar aku kerja, so memang mak tak nak susahkan dia la.

Kalau nak keluar, kena keluar malam sebab abang ipar balik kerja
pukul 6. Tu yang mak tak sampai hati nak ajak dia keluar sebab
mak tahu dia letih. Aku saja gurau dengan mak, aku cakap bila aku
dah ada ni keluar hari-hari pun boleh.....

Plan nak keluar hari Rabu tak jadi sebab baru je siap-siap nak keluar,
abang sepupu aku pulak sampai. Jadi hari ni baru dapat bawa mak
pergi Temerloh. Mak ada urusan kat Bank Islam. No pin untuk kad
ATM nya, dia dah lupa dan tak ada sapa yang ingat. Sebab tu nak bawa
mak pergi buat kad yang baru. Lama juga kat bank tu tadi, bukan sebab
orang ramai tapi sebab satu kaunter aje yang buka.

Aku juga pergi menjenguk member kat sekolah lama. Siap bekas anak murid
datang kat sekolah sebab dorang nampak kereta aku. Rindu dengan dorang
semua....

Esok, aku akan balik semula ke Klang. Tak puas rasanya cuti kali ni...

Friday, March 11, 2011

Cuti

Ya, cuti sekolah datang lagi. Apa yang best kali ni ialah aku
akan balik ke Jengka. Yeay, best! Baru la dapat rasa nikmat
balik kampung kan? Tapi aku balik sorang je la. Hubby kerja
dan dia dah bagi permission untuk aku balik.

Yang keduanya, setelah sekian lama baru la dapat rasa
nikmat cuti ni. Ye la, selama ni aku kan ajar Tahun 6 so, mesti
ada extra class tiap kali cuti. Tapi tahun ni, kat sekolah baru,
aku ngajar Tahun 5, so i'm free! Bebas merdeka....

Tapi kat sekolah baru ni pun, memang rilek juga. Cikgu Tahun 6
tak ada buat kelas tambahan pun. Pelik juga, memang tak sama
langsung macam kat jengka dulu. Tapi, apa-apa pun, aku memang
tak sabar nak bercuti. Nak jumpa member-member kat sekolah
lama.

Ok, happy holiday to me!

Wednesday, March 9, 2011

Assalamualaikum.

Hai, jumpa lagi setelah lama tak de update. Bukan apa, banyak
pulak masalah yang melanda. Broadband tak ada problem tapi
lappy pulak yang problem. Masalah sungguh la bila lappy buat
hal ni.

Satu kerja pun tak jadi. Dah la kerja sekolah banyak yang nak
kena buat. Last choice, kena hantar kedai la jawabnya. Mula-mula
budak kedai tu cakap grafik kad rosak. Aku suruh tukar tapi dia
kata kena hantar balik ke kilang. Ah, sudah.. takkan nak kena beli
lappy baru kot...

Last-last dia bagi tahu drivernya saja yang rosak. Tapi dia kata main
game memang tak boleh. Aku tak kisah sangat pasal game tu. Yang
penting kerja-kerja sekolah aku tak tertangguh. Dah la nak kena buat
soalan periksa setengah tahun nanti.

Selain dari lappy, printer pun buat hal juga. Pada hal baru je beli hujung
bulan 12 hari tu. Siap buat sistem CISS tu untuk jimatkan ink tapi
rosak la pulak. Rupanya katrijnya yang problem. Tapi, lepas kena 2 ratus
lebih untuk repair lappy dan printer, maka sekarang ni boleh la tersenyum
senang hati.

Oh ya, nak share gambar sekolah baru. Khas untuk Eyna yang nak tengok
sangat. Sekeping aje la dulu ye Na?