Thursday, March 17, 2011

Bersiaran dari Jengka

Assalamualaikum.

Ye, aku dah balik jengka Hari isnin 14 Mac. Gerak dari Klang
pukul 10 pagi dan sampai rumah mak pukul 1.45. Aku singgah
kejap kat hentian sebelah Lanchang. Perjalanan semua ok dan
berjalan lancar. Tak de trafik sangat bila masuk hiway LPT tu.

Yang seronoknya tentu la dapat jumpa mak. Masa kat Lanchang
tu aku call mak. Bila mak tanya kat mana, aku saja cakap aku
kat rumah lagi. Suara mak terus sedih dan dia cakap dia dah siap
masak sebab ingatkan aku balik awal. terus tak jadi usik dan bagi
tahu aku dah on de way.

Sayu je aku dengar mak bagi tahu yang sejak lepas raya cina tu
mak baru sekali je keluar ke Temerloh. Ye la, kalau masa aku
duduk jengka ari tu, boleh kata tiap-tiap minggu pegi Temerloh
tu. Bila aku tak ada ni, memang susah la mak nak keluar. Abang
ipar aku kerja, so memang mak tak nak susahkan dia la.

Kalau nak keluar, kena keluar malam sebab abang ipar balik kerja
pukul 6. Tu yang mak tak sampai hati nak ajak dia keluar sebab
mak tahu dia letih. Aku saja gurau dengan mak, aku cakap bila aku
dah ada ni keluar hari-hari pun boleh.....

Plan nak keluar hari Rabu tak jadi sebab baru je siap-siap nak keluar,
abang sepupu aku pulak sampai. Jadi hari ni baru dapat bawa mak
pergi Temerloh. Mak ada urusan kat Bank Islam. No pin untuk kad
ATM nya, dia dah lupa dan tak ada sapa yang ingat. Sebab tu nak bawa
mak pergi buat kad yang baru. Lama juga kat bank tu tadi, bukan sebab
orang ramai tapi sebab satu kaunter aje yang buka.

Aku juga pergi menjenguk member kat sekolah lama. Siap bekas anak murid
datang kat sekolah sebab dorang nampak kereta aku. Rindu dengan dorang
semua....

Esok, aku akan balik semula ke Klang. Tak puas rasanya cuti kali ni...

2 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa said...

tu la.
tak puas cuti.
nur pun rasa tak nak balik je perak..

nak dok sini..
=(

Saliza said...

Betul tu Nur. Mmg tak puas...