Wednesday, October 6, 2010

Minta Tukar

Assalamualaikum.

Mulai 1 September hari tu, permohonan pertukaran guru secara
online telah dibuka. Dan tarikh tutupnya adalah 30 September.
Aku dah dua kali isi borang tu tahun ni. Sekali bulan April tu, untuk
pertukaran Jun tapi tidak berjaya.

So, sekali lagi aku mencuba nasib pada bulan September ni pulak.
Masa 1 September tu, memang tak dapat masuk sistem langsung sebab
dia ada pertukaran server. Then try lagi 2 September, alhamdulillah
boleh daftar nama. Tapi bila nak masuk sistem tak boleh. Yang keluar
ialah "anda tidak dibenarkan bertukar. Sila hubungi JPN negeri anda".

Wah, berderau darah aku. Pasal pulak tak boleh tukar? Masa tu mula
la fikir sebab aku masih dalam proses untuk perlantikan ke DG41 kot?
Dalam terfikir2 tu, call la JPN. Yang menyambut panggilan tu janji akan
siasat dan call balik. Tapi tak de call pun.

Pagi2 Isnin tu, member dari Kelantan sms kata dia dah berjaya masuk
sistem dan isi borang. (Dia ngajar kat Jengka tapi kg kat Kelantan).
Terus la aku call JPN tp x dapat sebab line busy. Petang tu baru dapat
dan dia bantu la apa yang patut. Alhamdulillah, boleh isi borang. Print
terus hari tu dan esoknya hantar kat pejabat.

Aku berkhidmat kat sekolah sekarang dari tahun 1998. First posting
terus kat situ. Dah masuk tahun ke-13 kan? Lama, sampai latarbelakang
famili anak murid sekarang pun dalam kepala. Tau je, dia tu anak sapa,
adik beradiknya camana, cucu sapa...

Aku harap sangat dapat bertukar dekat dengan hubby. Nak duduk sekali
dengan dia dan anaknya. Sejak kahwin ni, memang setiap minggu memang
tak pernah lagi miss untuk jumpa tapi tu la, hujung minggu saja. Kalau
hubby kerja Sabtu, boleh kira berapa jam aje ada sama dengan dia.

Anak tiri aku pernah tanya kenapa tak tukar kat sekolah dia lagi. Bila bagi
tau tak dapat tukar, dia kata cikgu sekolah dia yang tukar tu pun tak
di ganti lagi. Kan ada kosong? Alahai anak, sedih hati aku. Macam mana
nak bagi tau yang kita terikat dengan peraturan? Walaupun ada yang
gunakan kabel besar untuk tukar, cepat je dapat tak payah isi borang pun.
Kita yang tak de kenal "somebody" ni terpaksa la tunggu juga....

Ke ada sesapa yang boleh tolong? saya nak tukar ke Selangor dalam daerah
Klang ye...? hehehe:-)

8 comments:

Relevan said...

Kalau minta tukar boleh buat klim pindah ke cikgu?..

Saliza said...

Encik Relevan,
x dpt claim, x de bajet huhuhu..

nak tkr sgt, tanggung la sendiri kos, hehehe...

Nizam Awang Brahim said...

Mudoh amat yek.Gune online je.

Saliza said...

JD,

mmg mudoh tp org ada kabel lg mudoh....

Nizam Awang Brahim said...

Koi banyok kabel telefon de sini.Nok beso mane.Haha...

Tapi tu la.Bab minto keje pun same.Nok berkebel sokmo...

d e l l said...

sayela si gadis manessss klate itu! hehhe. mari ramai2 doakan semoga kami dpt transfer.. amin. :)

Saliza said...

JD,
kabel tepon nak wat per... hehehe

tp mmg gitu adat dunia skrg...

menteri boleh jer wat kenyataan: semua kena ikut peraturan, x de guna kabel2..
tapi hakikatnya....

Saliza said...

Dell,

ye, moga2 kita dpt tkr ye....