Kejadian ini berlaku dalam perjalanan balik ke Klang dari Lipis
hari tu. Harap-harap kejadian ini jadi akan jadi pengajaran buat
kami, terutamanya hubby la... hehehe
Oh ya, lupa nak bagi tau.. kami ke Lipis tu gunakan kereta wira
aku sebab kereta hubby air cond nya ada problem. Fius rosak dan
belum baiki lagi.
Perjalanan seperti biasa dari Lipis tu sampai la kat tol Jalan Duta.
Ambil tiket dan hubby letak tiket tu kat tempat cam gambar kat
bawah ni. Nak explain tak reti, sapa bawa wira s.e cam saya tau la.
kat sini la hubby letak tiket tol tu....
Saya tak pernah letak tiket kat situ pun. Selalu kat seat sebelah, ye la
sebab drive sorang kan? Kalau tak pun selalu letak kat lubang yang
pada pintu tu.. tapi hubby letak phone dia kat situ. Yang saya pun
berat mulut nak tegur...
Sudahnya, sampai kat tol Bukit Raja tu, baru perasan yang tiket tu
dah termasuk kat bawah ashtray tu. Cam picture bawah ye..
Ha, macam ni la... tapi yang tiket tu lagi dalam dia masuk.
Bila hubby nak tarik, terus termasuk semua kat dalam tu. Nak
cungkil pun dah tak boleh. Jari-jari kami kan ke gebu2 belaka..
Kereta kat belakan dah banyak. Budak jaga tol pun dah berapa
kali kata bayar denda je...
Yang hubby siap buka pintu kereta nak try ambil juga tiket tu.
Aku cakap kat hubby, bayar je la.. Dia berat nak bayar sebab dia
kata banyak...(RM45.50). Budak tu kata boleh claim balik kalau
tunjuk tiket tu lepas 3 hari... Hubby cakap dia malas nak pergi
balik kat tol tu nanti..
Last-last bayar juga la sebab kereta lain dah banyak. Sepanjang jalan
tu hubby diam je. Saya pulak dok gosok2 belakang dia kata anggap
je tak de rezeki... Lepas tu dia kata, esok(Isnin) kena juga korek
tiket tu. Baru la senyum sikit.......
Esoknya tu Isnin (25/10), hubby pun mula la operasi mengorek
semula tiket tu. Macam2 alat dia try, last-last dapat gak tiket tu
guna chopstick.
Dan hari Rabu (27/10) tu, dalam pukul 3 lebih ,hubby call dan bagi tau;
"yang, dah dapat balik duit tu.."
So, lepas ni kena beringat la. Pilih tempat yang betul untuk letak tiket tol.
heheheh........
5 comments:
hehe..ade jugak kes camni cikgu..
ada... kes saya le..hehehe
Jangan letok merate la lepas ni
Ye, JD..
itulah pengajarannya..
banyok mende leh de beli ngan duit ter..
Letak dalam poket..
Post a Comment