Sebagaimana yang saya tulis dalam entry sebelum ni, memang travel
betul minggu lepas. Lepas zuhur petang Jumaat tu aku drive ke Klang.
Sampai sana pukul 5. Biasa la, sampai2 je terus call mak n hubby. Takut
diorang risau.
Tapi memang hujan lebat sangat petang tu. Sampai tak nampak jalan.
Bas lalu lane sebelah pun air boleh terpercik kat kereta. Tapi menghala
ke Klang dah tak hujan.
Hari Sabtu, hubby kerja macam biasa. Cuma dia kata akan keluar awal
sebab nak pergi ke Kuala Lipis. Abang hubby buat kenduri masuk rumah
baru. Kalau tak pergi nanti mesti dia kecil hati, kata hubby. Sebab tu la
walaupun penat, dia nak pergi juga. Ye la, diorang adik beradik 3 orang,
kakak hubby memang tak dapat datang sebab bawa budak sekolah dia
pergi rombongan Melaka. Mak mertua pulak sebab anak sedara dia nak
pergi haji, tak dapat datang juga. Tu yang kami menjadi satu-satunya wakil
sebelah abang ipar.
Janji balik pukul 4 tapi memang tak dapat la.. Pukul 5.30 baru sampai rumah.
Mandi, solat semua pukul 6.30 baru gerak dari rumah. Maghrib kat Genting
Sempah. Pukul 9 baru gerak dari situ dan pukul 11 baru sampai rumah abang
kat Lipis.
Kenduri hari Ahad. Abang ipar jemput makan tengahari. Kak Azah, biras aku
masak sendiri lauk pauk dengan family dia kat Sungai Koyan. Angkut ke rumah
baru dia pukul 11 pagi tu. Jemputannya ramai juga. Lebih kurang 200 orang juga.
Ada juga abang ipar bawa budak2 kelas dia datang. Abang ipar aku ni pensyarah
maktab kat lipis tu.
Petang tu hubby kata nak gerak pukul 4 lebih, tapi sian pulak kat biras dengan
abang ipar tu nak mengemas. Tolong la juga apa yang patut sebab memang tinggal
dia berdua je nak kemas semua. Pukul 5.30 baru gerak dari Lipis. Sampai Klang
pukul 10 malam sebab berhenti solat dan makan kat Genting Sempah sekali lagi.
Hari Isnin tu baru drive balik Jengka semula lepas hantar anak pegi sekolah agama.
Biasa hubby hantar sebab dia kerja malam minggu ni. Tp bila dia tengok aku siap2, dia
nak aku hantar dia pergi sekolah agama. Pukul 5 sampai Jengka. Ha, kan ke mengukur
jalan namanya tu?
Maaf le, gambar tak ada. Memang ingat nak ambil gambar rumah baru abang ipar tu dan
sekitar majlis tapi kamera pulak buat hal. Geram je... Tetiba hang, keluar putih jer..
No comments:
Post a Comment