Wednesday, September 29, 2010
Makan-makan
Cerita basi lagi ni.. Tapi tak pe, janji cerita gak kan?
Hari Sabtu 18/9 tu kan ada sekolah ganti? Sbb guna jadual
hari Selasa, so balik adalah agak lambat iaitu pukul 1.35.
Gila kan? Sampai petang Sabtu pun kat sekolah lagi....
Dah tu, janji dgn akak sorang nak nak gi tengok baby baru
ustazah j-QAF yang baru sampai dr Kelantan. Ala, kalau
dah sampai kawasan rumah guru tu, sure la kena singgah
rumah kawan2 yang duduk situ kan? Maklum la, musim
raya pulak.
Tengah syok beraya, tengok2 kat phone ada 2 missed call.
Nombor rumah. Bila call balik, mak bagi tau ada member
tanya pd anak sedara aku, aku balik Klang ke tak. Sebab
kalau aku tak balik, dia sefamili nak datang raya malam tu.
Mak cakap, call la member tu bagi tau apa yg patut.
So, aku sms je ajak member tu datang. Balik dari beraya tu,
kelam kabut la sikit. kKt rumah kuih raya dah tinggal hujung2
balang je. Last2, plan nak masak mee kari. Dah terlanjur masak,
aku sms la member2 rapat ajak datang sekali.
SMS hubby, tanya jadi x balik. Dia kata jadi so aku bajet yang
hubby akan sampai dekat2 nak maghrib nanti sbb malam sebelumnya
dia kata kena OT dan balik pkl 4. Aku dengan kakak pergi ke pasar
malam kat Bandar Pusat beli bahan2 nak masak mee kari. Tgh
dok beli barang hubby call tanya aku kat mana. Bg tau la dan dia bg tau
pulak dia dah ada dalam bilik.... Rupanya dia balik pukul 1.
Balik dari BP, teruslah beroperasi dengan kakak untuk masak
mee kari. Chefnya dah tentu la akak aku tu. Aku bahagian siapkan
bahan-bahan jer. Sempat juga aku masak agar2. Masa maghrib tu,
kuah kari dah atas dapur dah.
Member-member semua datang lepas Isyak. Ada la 5 famili yang
datang. Lama betul tak jumpa dengan yang dah pindah sekolah ni.
Sesekali jumpa begini, banyak la yang nak diborakkan. Dekat pukul
11 juga baru diorang bergerak balik. Aku pulak seronok tengok
bekas2 anak murid yang dah besar panjang, dah masuk sekolah
menengah yang dah mula malu2 kucing dengan teacher dia ni. hehehe..
Sesekali berjamu begini best juga...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Masok gitu je mudoh.Skarang ni orang dah kurang makan kuih.
JD, betul ngat kate aok ter..
Post a Comment