Assalamualaikum.
Wah, merdeka dah budak-budak tahun 6 2010. Ye la,
periksa dah habis. Bukan takat budak, cikgu-cikgu pun
dapat la tempiasnya juga. Macam aku, mengajar memang
la 29 masa seminggu tapi 20 masa tu aku kat tahun 6.
Tahun lain (1 & 4) hanya ada 8 masa je...( 1 masa assembly.)
Masa sebelum budak-budak ni periksa, memang la sibuk
dan penat yang tak terkata. Tapi bila dah habis periksa,
wah baru la rasa berbaloi sebab pulun habis-habisan masa
awal-awal tu.
Aktiviti biasa lepas UPSR ialah main. GB bagi peluang kat
budak-budak untuk main kat padang sampai rehat. Lepas tu
aktiviti yang melibatkan mate dan sains dalam english. tapi
ada juga sesekali tu aku tayangkan movie kat diorang.
Selain itu, ada juga slot2 ceramah. Macam panggil kaunselor
sekolah menengah untuk bagi taklimat pasal tingkatan 1 dan
pihak kesihatan.
No comments:
Post a Comment