Monday, September 20, 2010

Macam-macam Cerita


Assalamualaikum.



So sorry, lama tak berupdate. So, kali ni rangkum je la semua
cerita kan?

1) Puasa pertama sebagai seorang isteri. Tapi isteri PJJ aje la. Cuma
hujung minggu saja berjumpa. Sempat gak la masak untuk hubby.

2) Tahun ni paling malas nak gi pasar ramadan. Ada x ada gi pasar
ramadan Temerloh 3 kali dan Bandar Pusat sekali jer...

3) Tahun ni first raya di Jengka. Anak raya dengan uminya, so
kami beraya berdua saja.

4) First time juga melemang raya kali ni. Abg ipar la yg nak sgt membuatnya.
So, tahun ni tak ada la ketupat palas.

5) Second day raya, balik kg hubby. Berjalan raya ke rumah sanak
sedara belah sana, hidangan wajib ialah pecal. Boleh kata tiap
rumah yang dikunjungi, mesti ada pecal. Tapi pecal yang terbaik,
haruslah mak mertua punya....

6) Raya keempat, ambik anak dan bawa balik beraya ke jengka semula.
Seronok tengok dia membilang duit rayanya...

7) Hari Rabu (15/9) dah start keja. Hubby pun sama. Sekolah aku saja
tak nak ambik lebih pasal x nak mengganti banyak sangat ari Sabtu.

8) Walaupun buat kelas tambahan masa cuti tapi kedatangan murid
sangat la mengecewakan.

9) Dah start berdebar sebab esok UPSR. Walaupun dah melalui saat ini
lebih krg 10 tahun, tapi tetap gak risau memikirkannya.

Ok, that's all..

2 comments:

relevan said...

Selamat hari raya cikgu..

Cikgu Jang .. said...

hebat jugak penangan UPSR ni ye...