Tuesday, April 6, 2010
Sukan Tahunan kali ke-17
Sukan di sekolah aku telah diadakan pada hari
Ahad, 4/4/2010 baru-baru ni. Acara-acara padang
telah dijalankan dari hari Isnin lagi. Cuma kemuncak
segala acara adalah pada hari Ahad tu.
Tahun ni ada 3 rumah sukan saja. Sebuah rumah sukan
iaitu Hijau telah dibubarkan sebab murid semakin
berkurang. Maka, semua murid telah diagihkan semula
pada tahun ini.
Aku macam tahun lepas, dapat rumah Merah lagi...
Dan seperti biasa juga, tugas aku adalah di bahagian
statistik, bekerja dengan segala borang dan mengira
markah.
Start dari Isnin tu, pagi petang kena gi sekolah. Ye
la, acara lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru
semua tu banyak. Dari Tahun 1 dah ada semua acara tu,
Kecuali lompat tinggi la, start dari Tahun 3-6.
Nak pulak sekarang ni musim hujan,
takut je acara tak sempat habis.
Tapi, alhamdulillah segalanya siap. Semua hadiah bagi
acara Isnin sampai Rabu siap diberi pada hari Khamis
tu. Aku tak ada hari Khamis(1/4) tu sebab aku bawa
budak-budak pergi ke Kejohanan Olahraga Zon di
Kompleks Sukan Bandar Pusat.
Perasmi sukan tahun ini ialah YB Kuala Krau, Datuk
Ismail b. Mohd Said. Bagus gak YB ni, lepas ucapan dia
join acara untuk parents. Dia siap minta mikrofon dan
panggil peserta yang dia nak iaitu Pengurus Felda dan
isteri, pengurus Plantation dan isteri, Naib Pengerusi
JKKR dan ister dan ada la 2,3 lagi. Beliau partner dengan
GB aku untuk main sambut belon berisi air.
Tapi salute la, dia menang.
Tapi gambar tak de sangat sebab sibuk. Layan je la
gambar masa raptai kat bawah ni.
Masih belum betul kedudukannya
ha, masa ni cantik sikit dah..
Penyampaian hadiah untuk pra sekolah
Antara penerima hadiah pra sekolah
Latihan persembahan
Ni masa acara 4 x 100m thn 3&4 perempuan
Persembahan
Geng 4 x 100m 5&6 perempuan rumah Merah. Johan ni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment