Thursday, April 29, 2010
Ujian Pengesanan
Murid-murid Tahun 6 sedang menduduki Ujian
Pengesanan bermula 27 sehingga 29 April ini.
Itulah, risau juga sebab sukatan masih ada yang
belum dihabiskan.
Walaupun bagi subjek Matematik ni, kemahirannya
sama dari Tahun 1, tapi bila tak diulang semula, budak-
budak ni akan kata tak belajar lagi.
Budak-budak di sini, semuanya harapkan pada cikgu.
Kalau budak-budak di bandar, mak ayah lebih peka
dan hantar ke kelas-kelas tambahan. Bayar lebih tak
apa, asalkan anak dapat menguasai kemahiran.
Tapi, di kawasan kampung macam ni, kekuatannya
adalah pada cikgu. Cikgu sanggup korbankan cuti dan
masa bersama keluarga untuk mengajar waktu cuti
ataupun hari Sabtu. Tapi kehadiran murid-murid ni
sangat mengecewakan.
Macam aku, tahun ni mengajar kedua-dua buah
kelas UPSR ni. Yang kelas untuk target cemerlang
pun aku, untuk jaga peratus lulus pun aku. Memang
terasa tekanannya.
Nak-nak pulak "orang tertinggi" jenis yang tak mahu terima alasan.
Kita yang duduk bersama budak tu hari-hari, tentulah
kita tahu setakat mana kebolehan dia. Tapi dia tak nak terima,
kalau murid tak dapat tu, dia kata itu salah cikgu sebab
biar budak tu. Adoi, tak ke tension macam tu?
Tapi yang buat aku sejuk hati dengan budak-budak ni ialah,
tiap kali jumpa waktu luar kelas mesti akan cakap:
"Teacher, doakan kami ya?"
Kadang-kadang saja je aku usik dengan balas balik,
" Kalau teacher je doa, awak sendiri tak doa, tak dapat juga".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
teringat masa kecik2 dulu
Post a Comment