Wednesday, April 14, 2010
Merentas Desa MSSM Pahang
Kejohanan ini telah diadakan pada 11/04/2010 bertempat
di SMK Teluk Sentang, Temerloh. Aku terpilih sekali lagi
untuk jadi guru pengiring. Tahun lepas, kejohanan ni dibuat
di Rompin.
Kali ni sebab budget ciput, setiap kategori ( bwh 12, bwh 15 dan
bwh 18) hanya diwakili oleh 4 orang peserta sahaja. Kalau tahun
lepas, setiap kategori ada 8 peserta. Tahun lepas, kena naik bas
tapi tahun ni drive sendiri.
Janji berkumpul pukul 3 tapi dapat bergerak pukul 4.30 kalau
tak silap aku. Ye la, menunggu semua peserta sampai. Ada
pula last minit tarik diri. Dah la mata dikira bagi 3 orang peserta
bagi setiap kategori. Ada 2 kategori (P18 dan P12) yang hanya
ada 3 peserta saja. Tak boleh tidak, semua kena tamatkan
larian.
8 peserta terbaik dari setiap kategori kecuali bawah 12 akan
dipilih mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan yang akan
diadakan di Selangor nanti.
Bagi kontinjen Maran, ada 5 orang peserta perempuan yang
terpilih. Seorang johan kategori P18 dan 4 lagi peserta P15.
Keseluruhannya, kontinjen Maran telah mendapat tempat
kelima dalam Pahang yang merupakan prestasi terbaik
setakat ini.
Ini masa taklimat sebelum acara dimulakan.
Sama seperti di atas.
Bergerak ke tempat permulaan.. L12 ni. Yg pakai baju hitam
tu team Maran
4 keping gambar ni aje yang sempat aku ambil. Lepas tu dah
sibuk dengan jaga air untuk budak2 ni.
Oh, lupa pulak, Perasmi bagi upacara penutup ialah Pengarah
Pelajaran Pahang sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment