Monday, February 14, 2011

Another First....


Assalamualaikum....

Ha, ni cerita basi pun. Tapi tetap nak cerita gak pasal ni adalah pertama
kali bagi aku menyaksikan perlawanan bola secara live kat stadium.
Malaysia lawan Hong Kong hari tu la. Aku adalah antara penonton yang
berada di stadium malam tu.

Aku kan memang suka tengok bola tapi tak pernah pun tengok live kat
stadium. Dan kebetulannya hari tu hubby balik awal sebab dia tak ambil
OT, maka dia telah mengajak aku dan anak pergi tengok bola.

Patut la orang suka tengok live. Suasananya memang lain dari tengok
kat TV. Hubby kata dah lama tak tengok penyokong/penonton yang
ramai macam tu kat stadium. Sebab pasukan negara sekarang tengah
mantap kan? Tu pasal penonton ramai.

Best la dapat tengok semua pemain secara live. Kecil molek je si penjaga gol
yang popular tu, Khairul Fahmi. Aidil punya skill memang bagus. Shahrul
Idlan pun tak ada la besar sangat. memang dalam skrin, pemain akan nampak
besar sikit dari saiz sebenarnya kot..?

Apa-apa pun, memang satu pengalaman first time yang best. Dan of coz la
sebab Malaysia menang kan?

Perubahan Rutin Hidup

Assalamualaikum.

Ha, hari ni nak share cerita perubahan rutin hidup aku. Ye la, bila
aku kahwin tahun lepas, aku still duduk asing2 dengan hubby kan?

So, tak de apa beza sangat pun. Aku cuma perlu uruskan diri aku
sendiri aje. Bangun pagi, lepas tu gi sekolah cam biasa. Balik sekolah
dah tak payah nak fikir pasal makan tengah hari sebab memang mak
dah siap masak. Tinggal makan je, kalau rasa nak makan la. Kalau tak,
malam baru makan.

Petang dan malam memang rehat, boleh online dengan senang hati kalau
anak sedara yang kecik tu tak mengacau. Dia memang suka masuk bilik
aku.

Sekarang, ni aku kena belajar menguruskan bukan hanya aku tapi juga
hubby dan anak sekali. Tapi mujur la mereka berdua ni memang tak
banyak karenah pun. Setiap pagi memang buatkan breakfast untuk anak.
Bukan susah pun, roti sapu planta dan tabur gula je dan segelas air milo.
Untuk hubby cuma air teh. Kadang2 masak juga la nasi goreng atau mee
goreng.

Balik sekolah, memang tak sempat untuk masak. Tapi untuk malam,
biasanya aku akan masak.Hubby pulak jenis yang tak kisah, apa yang
aku masak dia makan aje. Aku pun impress dengan diri sendiri, sebab
masa bujang aku jarang sangat masak kecuali hujung minggu. Ada sekali
tu siap buat rendang. Tu yang aku terkagum sendiri, hehehe....

Mengajar di sekolah baru ni, masa mengajar walaupun banyak tapi aku tak
rasa stress. Pukul 1.35/1.40 memang dah sampai rumah. Pukul 2 lebih anak
pergi sekolah agama, awal2 dulu aku hantar dan ambil tapi lately dia nak
pergi naik basikal sebab dah ada member yang naik basikal juga.

Aku biasa start masak lepas asar la. So, antara pukul 2 hingga asar tu, adalah
masa rehat untuk aku. Kadang2 tak rehat juga sebab ada kerja sekolah.
Bab mesin kain dan sidai kain hubby banyak bantu sebab dia keluar
lambat dari aku. Aku belum pukul 7 keluar rumah. lambat sikit dari tu,
alamatnya jam dan sure parking dah penuh. (Tempat yang aku selalu parking la...)
Aku tak reti parking tempat lain sebab sempit.

Balik tu, aku cuma perlu angkat kain kalau dah dijemur atau sidai kalau
masih dalam mesin. Biasanya aku lipat kain atau seterika baju sebelah petang.
Antara jam 6 sampai 7 macam tu. Hubby sampai rumah biasanya dah
menghampiri jam 9 malam atau lebih la. So, aku kena pastikan anak buat kerja
rumah atau ulangkaji dan jadualkan buku untuk esoknya. Dan juga untuk
pastikan dia pergi mengaji bila balik sekolah agama tu. Lepas mengaji baru
aku bagi dia main. Biasanya dia main bola/badminton dengan anak2 jiran.

Makanya dah sebulan lebih ni, aku tak rasa janggal sangat la. Walaupun banyak
berubah rutin aku tapi ia sesuatu yang elok. Betul tak? Aku rasa macam tu la....

Sunday, February 13, 2011

Kembali Bersiaran

Assalamualaikum.

Lama aku menyepi kan? Bukan sengaja la. Aku pun sangap juga bila
tak noleh nak online. Bukan apa, celcom broadband ni la punya pasal.
Masa daftar hari tu, aku suruh budak tu guna alamat rumah untuk
hantar bil. Dia pulak cakap, tak payah. Dia akan hantar melalui emel.
Sudahnya bil tak sampai2. Nak bayar kat pejabat pos memang la tak
dapat. Semua nak guna bil kan?

Lepas tu, tunggu la dulu. Kot2 bulan dua punya bil akan sampai. Ada la
sampai satu reminder. Aku pun print dan minta hubby bayarkan. Sekali
pejabat pos kata tak boleh sebab nombor akaun broadband aku 8 angka.
kalau 7 angka, boleh bayar kat situ. Dia kata kena pergi celcom centre.

Dah la aku tak mahir jalan kat Klang ni. kalau kat Temerloh tu, konfem dah
lama settlke masalah ni. Hubby pulak balik kerja malam dah, mana ada
masa nak bawa aku cari celcom center ni.

Dan tadi, kebetulan pulak aku minta tolong hubby tunjuk jalan nak ke Klang.
Sebab akan menyenangkan urusan aku bila-bila nanti kan. Jumpa la celcom
point ni. Memang hari Ahad pun buka rupanya. cerita2 dengan budak kat
kaunter tu, dia minta nombor KP dan terus bayar. Dia kata memang problem
dengan centre ni, kadang2 hantar bil dan kadang2 tak. Tapi dia cakap aku
boleh datang situ untuk buat bayaran lain kali.

So, harapnya masalah takkan berulang lagi la lepas ni. Macam tak lengkap
je hidup bila tak boleh online.

Saturday, January 15, 2011

Sekolah Baru

Assalamualaikum.

Dah dua minggu penggal persekolahan 2011 bermula. Dan aku pun sedang
memulakan sejarah baru di sekolah yang baru. Memang satu perubahan yang
sangat besar bagi aku. Nak dibandingkan dengan sekolah lama, macam langit
dengan bumi la. Sekolah lama aku kecik je, murid tak sampai 250 pun tapi kat
sini murid sampai 3 ribu lebih. Satu tahun dia pun dah 5 ratus lebih budak dengan
kapasiti 14 buah kelas setiap tahun.

Dan aku juga terpaksa menyesuaikan diri balik dengan pengurusan kelas sebab
dah lama aku tak pegang kelas. Kat sini, aku kena pegang kelas Tahun 5J. Kelas
ni ialah kelas yang kesepuluh dari 14 kelas. Ada 6 orang je budak perempuan dan
29 lagi lelaki. Aku mengajar sesi pagi yang bermula pukul 7.20 hingga 1.10 petang.
Rasa best sangat sebab kalau kat sekolah lama, memang tak merasa la nak balik
awal macam tu walaupun kalau ikutkan habis masa pukul 1.05 petang.

Cikgu sesi pagi aje ada lebih 70 orang. Dah dua minggu ni, ada cikgu yang masih aku
tak kenal lagi. Tapi semuanya ok dan aku tak la rasa macam alien. Rasa macam dah
lama je kat sini. Yang paling best ialah untuk tanda waktu masuk dan balik kat
sini ialah guna sistem "thumb print". Memang tuan empunya diri kena tanda, tak
boleh minta tolong kawan dan tak boleh thumb awal sangat untuk waktu balik.

Hari sabtu minggu kedua dan keempat ialah hari untuk aktiviti ko kurikulum.
Aku tak kisah sangat sebab aku dah biasa kena datang sekolah tiap hari Sabtu sebab
selalu ada kelas tambahan. Kali ni relaks la sikit sebab tak kena ajar kelas periksa.
Ok, la tu aje nak share pasal sekolah baru ni. Gambar sekolah nanti la aku ambil.

Monday, January 10, 2011

Cuti @ Melaka



Cuti sekolah kali ni aku telah pergi bercuti ke Melaka selama
3 hari 2 malam. Memang pergi terjah aje. Tak ada tempah hotel
ke apa ke.. Aku try dah call Hotel Seri malaysia Melaka tapi tak
ada orang angkat pun. Entah le kot nombor yang aku dail tu salah
agaknya...

Hubby kata kita terjah je. Lagipun dia dah apply cuti pada 17 dan 18
Disember tu. So, kami pun gerak dari Klang pada 17 Disember. Sampai
sana, terus gi Hotel Seri Malaysia tapi kat situ cuma ada bilik untuk
17 Disember je. kami plan nak 2 malam kat Melaka. So, bermulalah
ekspedisi mencari hotel.

Lepas puas cari, dapat la Hotel Orkid. Hotel ni dah dekat dengan bandar
Melaka. walaupun anak komplen sebab tak ada swimming pool, hubby
kata akan pergi ke A famosa Waterworld, so tak payah pool la. Kena bayar
dengan rate yang berbeza la sebab 17 tu Jumaat dan esoknya dah Sabtu
so ratenya lain.

Ini view dari bilik kami yang ditingkat 7.

Masa ni hujan renyai-renyai atau gerimis kata orang... Boleh
nampak Menara Taming Sari tu....

Petang Jumaat tu, kami terjah ke Zoo Melaka. Walaupun dah pernah
ke situ tapi kali ni lain sikit sebab kena berjalan keliling. Sebabnya tram
dah tamat masa operasi masa kami sampai situ. Budak kat kaunter tu siap
bagi warning yang masa tutup adalah pukul 6. tapi taulah, dah berjalan dan
tengok pulak binatang, nak ambil gambar lagi, maka kami keluar lebih
daripada masa tu. Bukan kami saja pun, ada ramai lagi yang lambat.


Hubby dengan iguana. Sib baik tak jadi igauan..hehehe


Me, Emi n the parrots

Esoknya, kami menaiki River Cruise. Ini satu pengalaman yang
menarik bagi aku. Yang bestnya, budak yang bawa cruise ni memang
pandai melayan para penumpangnya. Macam-macam info yang dia bagi.



Masih belum beroperasi


Kami antara penumpang terawal

Selepas naik cruise tu, kami ke muzium kapal dan lain-lain
muzium yang berdekatan. Berjalan kaki saja merentas kawasan di situ
untuk memudahkan pergerakan. Anak dah bising kata lenguh dan
sibuk nak naik beca. Last kat situ kami pergi ke Stadhuys dan
naik beca dari situ.


Emi n "Hang Tuah"


Best juga sesekali naik beca tapi sian pulak pada si tukang kayuh tu.

Lepas tu, kami telah pergi ke Menara Taming Sari. Gayat wei bila nak
naik tu. Sebab tu gambar tak ada masa kat sini. Lagipun bateri kamera
dah merah. Yang tak sempat try ialah Duck Tour. Masa kat dalam Menara
Taming Sari ni baru nampak kat mana stesen Duck Tour ni.

Last day tu, kami check out dan menghala ke A Famosa Resort la pulak.
Kat sini kami masuk ke Animal Safari dan Waterworld. Sempat la juga
tengok persembahan "cowboy town" kat Safari tu. Kami bergerak balik
pada jam 6 petang.



Teruja untuk menyaksikan show


Masa ni belum nula lagi. Masa dah mula, mana sempat nak amik
gambar kan?

Kesimpulannya, memang best cuti kali ni. Tapi memang rasa tak puas
sebab masa yang terhad. Kena pergi lagi lain kali ni....

Oh ya, update pasal Along, my nephew tu. 5/1/2011 baru ni dia dah
dihantar melapor diri ke SBPI Tun Abd Razak, di Pekan. Harapnya
dia akan berjaya menyesuaikan diri kat sana.