Saturday, April 24, 2010

Makan-makan...

Selepas habis belajar kat OUM, susah betul nak jumpa
member-member sama belajar. Ada tak ada, masa dinner
OUM tahun lepas. Lepas tu, masa konvo.

Yang selalu jadi penghubung ialah SMS atau pun facebook
ajelah. Jadi bila ada yang beri cadangan untuk buat reunion
kat Pizza Hut Temerloh, aku pun ok aje la.

Tapi ada yang tak dapat datang disebabkan kekangan tugas
dan family. Tapi tak pe, walaupun berempat, tetap meriah...


Kak Nisa dan Kak Ju. Ini dua-dua sifu aku ni. Terror dorg ni.. Kak
Ju sedang sambung Master kat UPSI sekarang.


Aku dan Eyna


Licin... mmg betul2 kosongkan perut utk makan pizza ni.


Semoga jalinan silaturrahim antara kami berkekalan....

Thursday, April 15, 2010

Pagi tadi aku ada kelas Tahun 1. Masuk aje dalam kelas,
ada la suara yang mengadu,

Hashrizzul : Teacher, sini ada air tumpah.

Aku : Air sapa?

Semua orang sebut Taufik. Yang si Taufik pun dengan
selambanya angkat tangan. Aku pun pergi la ke tempat
kejadian. Kebetulannya, guru kelas Tahun 1 ada sekali
sebab nak ambil kedatangan.

Ingatkan air masak, rupanya air sirap. Ingatkan pagi ni
la tumpah, rupanya semalam lagi dah. Dah bersemut
pun kat situ.


Ini lah bukti kejadian. Bukannya sikit...

Lepas tu, aku suruh si Taufik pergi ambil mop dan aku
ambil air. Aku suruh Taufik mop lantai tu. Biar dia jadi
responsible dan jadi pengajaran pada budak-budak lain.


Taufik kena denda..

Tapi, dia suka je mengemop tu...

Wednesday, April 14, 2010

Merentas Desa MSSM Pahang



Kejohanan ini telah diadakan pada 11/04/2010 bertempat
di SMK Teluk Sentang, Temerloh. Aku terpilih sekali lagi
untuk jadi guru pengiring. Tahun lepas, kejohanan ni dibuat
di Rompin.

Kali ni sebab budget ciput, setiap kategori ( bwh 12, bwh 15 dan
bwh 18) hanya diwakili oleh 4 orang peserta sahaja. Kalau tahun
lepas, setiap kategori ada 8 peserta. Tahun lepas, kena naik bas
tapi tahun ni drive sendiri.

Janji berkumpul pukul 3 tapi dapat bergerak pukul 4.30 kalau
tak silap aku. Ye la, menunggu semua peserta sampai. Ada
pula last minit tarik diri. Dah la mata dikira bagi 3 orang peserta
bagi setiap kategori. Ada 2 kategori (P18 dan P12) yang hanya
ada 3 peserta saja. Tak boleh tidak, semua kena tamatkan
larian.

8 peserta terbaik dari setiap kategori kecuali bawah 12 akan
dipilih mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan yang akan
diadakan di Selangor nanti.

Bagi kontinjen Maran, ada 5 orang peserta perempuan yang
terpilih. Seorang johan kategori P18 dan 4 lagi peserta P15.
Keseluruhannya, kontinjen Maran telah mendapat tempat
kelima dalam Pahang yang merupakan prestasi terbaik
setakat ini.


Ini masa taklimat sebelum acara dimulakan.


Sama seperti di atas.


Bergerak ke tempat permulaan.. L12 ni. Yg pakai baju hitam
tu team Maran

4 keping gambar ni aje yang sempat aku ambil. Lepas tu dah
sibuk dengan jaga air untuk budak2 ni.

Oh, lupa pulak, Perasmi bagi upacara penutup ialah Pengarah
Pelajaran Pahang sendiri.

Thursday, April 8, 2010

Testing...

Nak try masukkan video pulak la.
Ini aku ambil masa hari raptai..

Meh, layan..


Tuesday, April 6, 2010

Sukan Tahunan kali ke-17



Sukan di sekolah aku telah diadakan pada hari
Ahad, 4/4/2010 baru-baru ni. Acara-acara padang
telah dijalankan dari hari Isnin lagi. Cuma kemuncak
segala acara adalah pada hari Ahad tu.


Tahun ni ada 3 rumah sukan saja. Sebuah rumah sukan
iaitu Hijau telah dibubarkan sebab murid semakin
berkurang. Maka, semua murid telah diagihkan semula
pada tahun ini.

Aku macam tahun lepas, dapat rumah Merah lagi...
Dan seperti biasa juga, tugas aku adalah di bahagian
statistik, bekerja dengan segala borang dan mengira
markah.

Start dari Isnin tu, pagi petang kena gi sekolah. Ye
la, acara lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru
semua tu banyak. Dari Tahun 1 dah ada semua acara tu,
Kecuali lompat tinggi la, start dari Tahun 3-6.
Nak pulak sekarang ni musim hujan,
takut je acara tak sempat habis.

Tapi, alhamdulillah segalanya siap. Semua hadiah bagi
acara Isnin sampai Rabu siap diberi pada hari Khamis
tu. Aku tak ada hari Khamis(1/4) tu sebab aku bawa
budak-budak pergi ke Kejohanan Olahraga Zon di
Kompleks Sukan Bandar Pusat.

Perasmi sukan tahun ini ialah YB Kuala Krau, Datuk
Ismail b. Mohd Said. Bagus gak YB ni, lepas ucapan dia
join acara untuk parents. Dia siap minta mikrofon dan
panggil peserta yang dia nak iaitu Pengurus Felda dan
isteri, pengurus Plantation dan isteri, Naib Pengerusi
JKKR dan ister dan ada la 2,3 lagi. Beliau partner dengan
GB aku untuk main sambut belon berisi air.
Tapi salute la, dia menang.

Tapi gambar tak de sangat sebab sibuk. Layan je la
gambar masa raptai kat bawah ni.


Masih belum betul kedudukannya


ha, masa ni cantik sikit dah..


Penyampaian hadiah untuk pra sekolah


Antara penerima hadiah pra sekolah


Latihan persembahan


Ni masa acara 4 x 100m thn 3&4 perempuan


Persembahan


Geng 4 x 100m 5&6 perempuan rumah Merah. Johan ni...