Friday, July 22, 2011

Pecah Rekod

Assalamualaikum.

Start hari Selasa hari tu, aku jadi hakim lompat tinggi lelaki.
Hari Selasa Lelaki tahun 4, Rabu lelaki tahun 5 dan Khamis
pulak lelaki tahun 6.

Yang hari Selasa tu patutnya budak rumah Waja(Merah) dah
boleh pecahkan rekod lama tu. Tapi, entah mana silapnya, tak
lepas la pulak.. Rekod lama tu 1.14m. 3 kali cubaan melompat
tu, budak tu tak lepas untuk samakan rekod. So, kira habis je
la, tak dapat menyamakan rekod pun..

Lepas tu, tiba-tiba dia lompat sekali lagi, sebab ada sorang
cikgu kata saja-saja la test. Lepas la pulak dia lompat. Lepas tu
saja je naikkan lagi jadi 1.16m, sekali lompat je lepas. Kalau dia
lepas masa percubaan yang diberi tu, sure dapat pecah rekod...

Masa tahun 5 pulak, pemenang pertama dari rumah Putra (Hijau)
tu cuma dapat menyamakan rekod iaitu 1.22m. Bila naikkan jadi
1.23m dah tak lepas pada tiga-tiga cubaan.

Dan semalam masa pertandingan tahun 6 la yang best sekali. Sebab
pemenang dari rumah Wira (Biru) tu pecahkan rekod lama, 1.32m
tu kepada 1.56m. Semua murid dah berkumpul kat gelanggang
nak tengok. Sampai cikgu yang pernah wakil maktab untuk acara
lompat tinggi ni cakap, dia pun tak lepas pada ketinggian tu.

Nak tunggu berapa lama la rekod tu akan bertahan...

Boring je entry tak bergambar ni kan? Aku memang nak masukkan
gambar tapi sekarang ni kamera aku cedera. Nak beli yang baru, tunggu
dapat duit kutu tapi tak dapat-dapat lagi ni...

Oh, sebelum aku lupa, rumah aku Satria sekarang ni berada di tangga
kedua dengan 64 mata dibelakang Waja, 78 mata selepas selesai acara
padang. Acara balapan akan berlangsung Ahad ni dan harap-harapnya
atlit rumah Satria akan perform well nanti..

Err, sapa tengok game Malaysia lawan Chelsea malam tadi? Sakit hati
la dengan gol tu... Tak puas hati betul aku......

No comments: