Monday, July 4, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Assalamualaikum.

Rasanya semua orang pun tahu yang Larian 1M1S1M ni
telah diadakan pada Sabtu, 2 Julai yang lepas. Untuk
program ni, aku kena jaga check point 1. Sebenarnya kalau
nak diikutkan, nama aku tak ada dalam senarai AJK pun..
Jadi secara automatiknya, aku kena terlibat dengan larian
ni la. Tapi sebab cikgu yang jaga check point 1 ni tinggal
sorang je sebab cikgu yang sorang lagi tak datang, maka
aku pun tolong la menggantikan tempatnya.

Lepas senamrobik semua, baru la semua murid dilepaskan.
Aku masa tu dah tunggu kat check point. Yang budak-budak
sekolah rendah ni tak ada masalah nak berlari ikut laluan tapi
yang budak-budak sekolah menengah sebelah ni, memang
ramai yang mengelat.. Masuk laluan pintas bila cikgu-cikgunya
tak perasan.

Ada juga la parents yang ikut serta dengan larian ni. Bagus
betul dia orang semua ni, memang bersemangat sungguh untuk
berlari. Yang aku cuma boleh snap gambar masa acara penyampaian
hadiah untuk aktiviti kelab dan persatuan aje..sebab masa budak
berlari tu memang tak sempat. Ye la, dah dioarang berlari sampai
tengah jalan, siap kena hon dengan kereta yang lalu. Jenuh nak
mengawal suruh ke tepi jalan...

Kan ada aku cerita pasal hari persatuan dulu tu kan? Ha, hadiahnya
baru 2 Julai tu la disampaikan. Okaylah, mari tengok gambar...


Goodies bag


Cikgu2 sibuk menyusun hadiah


Inilah antara murid yang hadir


Isi dalam beg..


Pemenang dari kelab aku


The second place

This is my son.. second place utk kelabnya..

No comments: