Monday, July 4, 2011

Novel 1 : M.A.I.D


Assalamualaikum.

Inilah novel yang pertama aku baca lepas balik dari
Pameran Buku Selangor hari tu. Memang tak menyempat,
dalam kereta lagi aku dah koyakkan plastiknya. kalau
tak mengenangkan aku tak boleh membaca dalam kereta,
aku hanya pegang saja la buku tu.

Ye, aku memang tak boleh membaca dalam kereta @ bas
sebab akan membuatkan aku pening dan loya serta rasa nak
muntah. Pernah sekali try dan memang muntah betul pun..
Ok, dah melalut pula.

Ini novel pertama dari keluaran Kaki Novel yang aku beli
dan baca. Sebelum ni biasa la, mesti dari Alaf 21, Buku Prima
atau pun NB Kara. And guess what? Aku akan jadi peminat
tegar syarikat ni pulak la...

Walaupun jalan ceritanya memang dah biasa tapi aku tetap
suka dengan novel ni. Ada part2 yang memang membuatkan
aku tersengih sepanjang membacanya. Part sedih pula, tak ada
la sedih mana sebab aku tak mengalirkan air mata pun... Jangan
tak tau, aku kalau baca buku memang emosi habis. Boleh nangis
tersedu-sedu, siap abis tisu sekotak pun pernah. Hehehe, memang
over kan?

Lama mana aku baca buku ni? Ala, sehari aje pun.. Hari esoknya
dah boleh ulang baca sekali lagi. Sebab memang tidak membosankan
langsung. Okay, meh nak bagi tahu jalan ceritanya.. Biasa2 aje tapi
aku tetap suka.

Ceritanya bermula dengan watak utamanya Noorul yang terdesak
mencari kerja dan akhirnya menjadi pembantu rumah kepada Harris.
Noorul ni di ambil bekerja melalui agensi dan dia tak kenal pun
tuan rumah ni sebab dia kena datang selepas Harris keluar pergi pejabat
dan balik sebelum Harris balik. Itu sepatutnya la tapi Noorul ni dah
terserempak dengan Harris depan pintu lif pagi pertama datang kerja.
Siap kena marah sebab terlanggar si Harris ni lagi... Bila masuk rumah
dan tengok gambar, baru la tau bahawa yang dilanggarnya tadi tu,
tuan rumahnya...

Dan selepas itu,Harris ni digelar Mr F oleh Noorul. F tu stands for Fussy
sebab dia terlalu cerewet dalam urusan berkaitan rumahnya. Dan Harris
ni ada adik yang bernama Haikal yang kemudiannya jatuh cinta dengan
Noorul tapi Noorul tolak sebab diam-diam dah suka kat Mr F ni. Mr F ni
pulak punyalah garang dengan Noorul, sikit-sikit nak potong gaji..

Tapi disebabkan satu fitnah, mak dan bapak Harris telah suruh diorang
ni nikah. Mak dan bapaknya ni Datuk dan Datin la.. Noorul mula-mula
tolak tapi terpaksa terima sebab maknya... lepas tu, macam biasa la
mesti ada adegan pikat memikat ni, rupa-rupanya si Harris pun suka
pada Noorul.

Dan konflik yang ada dalam novel ni ialah pasal mak harris tak suka
menantunya ni sebab dah ada pilihan lain, biasa le kan, mesti ada watak
perempuan gedik..Lepas tu, konflik juga dengan si penyebar fitnah yang
bengang dengan Noorul. Tapi biasa la kan, mesti happy ending, kalau
tak happy maunya aku nak suka kan?

Berapa bintang nak bagi? Hmmm....4 bintang la

3 comments:

Nizam said...

Asyik amat yek kala dapat melayan novel ni.

Saliza said...

Memang ralit sangat...

Eyna's said...

Memang cite ni best sesangat... i like,..... sayang kalau nak peram buku ni lelama...memang nak abiskan segera bila dah mula baca kan....