
Assalamualaikum.
Hahaha... cerita dah basi baru nak update kan? Tapi tak
apa la sebab yang penting update jugak....
Macam yang aku bagi tahu dalam entry yang sebelumnya,
sukan sekolah aku diadakan di Stadium Kota Raja di Klang
pada hari Ahad 24 Julai 2011. Pada hari ni, aku bertugas di
bahagian hadiah.
Aku pergi dengan dihantar oleh hubby. Kalau aku drive sendiri
alamat tak sampai la... So, sebelum ke stadium, singgah di sekolah
dulu untuk ambil mana-mana hadiah/hamper yang boleh dibawa.
Ada juga guru-guru yang naik bas dengan murid-murid. Oh ya,
lupa nak bagi tau yang semua peserta perbarisan dan yang masuk
acara diangkut ke stadium dengan bas. Satu rumah, satu bas.. so
8 bas lah semuanya.
Sampai kat sana semuanya berjalan dengan lancar. Masing-masing
dah tau tugas dan terus la menjalankannya. kalau tak nanti lambat
pula la habisnya. Cuaca pada hari tu kira boleh tahan la. Tak panas
sangat dengan hujan gerimis sekejap-sekejap.. So, biarlah gambar
yang bercerita ye?

Rumah Putra dengan maskot Peter Pan

Rumah Wira dengan maskot ikan Dory (kawan Nemo)

Rumah Waja dengan maskot Lady Bug

Rumah Satria dengan maskot Pikachu

Rumah Exora dengan maskot Chipmunk

Rumah Perdana dengan maskot Ribenaberry

Rumah Inspira dengan maskot Minnie Mouse

Rumah Iswara dengan maskot Puss in Boots

Bacaan ikrar kejohanan

Perasmian kejohanan dengan mercun

Persembahan kompang formasi

Yeah, ini acara guru lelaki.. tarik tali
Acara ini lawan antara guru lelaki pagi dan guru lelaki petang.
Telah dimenangi oleh guru lelaki petang dengan 2-1.

Acara untuk guru perempuan ialah terompah gergasi dan kumpulan
aku dapat nombor tiga...

Pingat yang menanti pemenang

Trofi untuk johan keseluruhan dan olahragawan/wati

Posing sambil tunggu hadiah

Tetap senyum walaupun penat...