Friday, October 29, 2010

Puding Trifle

Entry masak-masak pulak hari ni ye.
Aku ada beberapa blog yang aku suka terjah. jadi silent reader.
Dan ada satu entry kat blog ni yang membuatkan aku terasa2
sangat nak makan puding tu. Si tuan empunya blog, Neena siap
ada gambar step by step cara dia buat puding tu.

Kali pertama aku buat (21/10) tu, aku tak snap pun gambar. Takut
tak jadi la kononnya. Tapi bila tengok licin satu loyang tu, kira
menjadi la gamaknya. hehehe..

Second time ni, akak aku yang ajak buat sebab dia nak bawa ke
rumah kakak iparnya yang nak buat kenduri menyambut menantu
pada 30/10 ni. So, aku la yang menunjukcara untuk membuatnya.
Neena guna buah nanas yang fresh, aku guna yang dalam tin aje.
Akak aku pulak buat 2 bekas, satu guna nanas dan satu lagi dia guna
buah2an koktel tu.

aku buat dalam loyang dan akak aku buat dalam tupperware. Meh la
tengok hasilnya.


Kek yang dipotong tak sama saiz.. hehehe


Pandangan sisi pulak. Sebenarnya aku yang nak guna
agar-agar merah tu tapi sebab akak buat muka sedih, aku pun
tukar la...


Yang ni guna agar2 perisa lime dan buah nanasnya tak
ditekan dengan elok kat kastad. Tu yg buah nanas timbul tu..
Tak pe, first try kan?


Ha yang ni keknya sama saiz...


Yang ini aku yang buat. Sebab 2 bekas tu memang akak aku
nak bawa balik ke kampung sana, so kena la buat satu loyang
untuk makan-makan. Sekarang ni dah tinggal suku je dalam
peti tu. Anak sedara aku tadi sempat lagi makan puding ni
sebelum berangkat balik ke kampung petang tadi.

Kalau ada sapa-sapa nak try, pergi la ke blog Neena ni. Siap
ada gambar step by step, memang takkan salah la. Sedap puding
ni. memang kena makan bila dah sejuk dalam peti ais la...

Kejadian Tak Diingini

Kejadian ini berlaku dalam perjalanan balik ke Klang dari Lipis
hari tu. Harap-harap kejadian ini jadi akan jadi pengajaran buat
kami, terutamanya hubby la... hehehe

Oh ya, lupa nak bagi tau.. kami ke Lipis tu gunakan kereta wira
aku sebab kereta hubby air cond nya ada problem. Fius rosak dan
belum baiki lagi.

Perjalanan seperti biasa dari Lipis tu sampai la kat tol Jalan Duta.
Ambil tiket dan hubby letak tiket tu kat tempat cam gambar kat
bawah ni. Nak explain tak reti, sapa bawa wira s.e cam saya tau la.


kat sini la hubby letak tiket tol tu....

Saya tak pernah letak tiket kat situ pun. Selalu kat seat sebelah, ye la
sebab drive sorang kan? Kalau tak pun selalu letak kat lubang yang
pada pintu tu.. tapi hubby letak phone dia kat situ. Yang saya pun
berat mulut nak tegur...

Sudahnya, sampai kat tol Bukit Raja tu, baru perasan yang tiket tu
dah termasuk kat bawah ashtray tu. Cam picture bawah ye..


Ha, macam ni la... tapi yang tiket tu lagi dalam dia masuk.

Bila hubby nak tarik, terus termasuk semua kat dalam tu. Nak
cungkil pun dah tak boleh. Jari-jari kami kan ke gebu2 belaka..
Kereta kat belakan dah banyak. Budak jaga tol pun dah berapa
kali kata bayar denda je...

Yang hubby siap buka pintu kereta nak try ambil juga tiket tu.
Aku cakap kat hubby, bayar je la.. Dia berat nak bayar sebab dia
kata banyak...(RM45.50). Budak tu kata boleh claim balik kalau
tunjuk tiket tu lepas 3 hari... Hubby cakap dia malas nak pergi
balik kat tol tu nanti..

Last-last bayar juga la sebab kereta lain dah banyak. Sepanjang jalan
tu hubby diam je. Saya pulak dok gosok2 belakang dia kata anggap
je tak de rezeki... Lepas tu dia kata, esok(Isnin) kena juga korek
tiket tu. Baru la senyum sikit.......

Esoknya tu Isnin (25/10), hubby pun mula la operasi mengorek
semula tiket tu. Macam2 alat dia try, last-last dapat gak tiket tu
guna chopstick.

Dan hari Rabu (27/10) tu, dalam pukul 3 lebih ,hubby call dan bagi tau;
"yang, dah dapat balik duit tu.."

So, lepas ni kena beringat la. Pilih tempat yang betul untuk letak tiket tol.
heheheh........

Thursday, October 28, 2010

Mengukur Jalan

Sebagaimana yang saya tulis dalam entry sebelum ni, memang travel
betul minggu lepas. Lepas zuhur petang Jumaat tu aku drive ke Klang.
Sampai sana pukul 5. Biasa la, sampai2 je terus call mak n hubby. Takut
diorang risau.

Tapi memang hujan lebat sangat petang tu. Sampai tak nampak jalan.
Bas lalu lane sebelah pun air boleh terpercik kat kereta. Tapi menghala
ke Klang dah tak hujan.

Hari Sabtu, hubby kerja macam biasa. Cuma dia kata akan keluar awal
sebab nak pergi ke Kuala Lipis. Abang hubby buat kenduri masuk rumah
baru. Kalau tak pergi nanti mesti dia kecil hati, kata hubby. Sebab tu la
walaupun penat, dia nak pergi juga. Ye la, diorang adik beradik 3 orang,
kakak hubby memang tak dapat datang sebab bawa budak sekolah dia
pergi rombongan Melaka. Mak mertua pulak sebab anak sedara dia nak
pergi haji, tak dapat datang juga. Tu yang kami menjadi satu-satunya wakil
sebelah abang ipar.

Janji balik pukul 4 tapi memang tak dapat la.. Pukul 5.30 baru sampai rumah.
Mandi, solat semua pukul 6.30 baru gerak dari rumah. Maghrib kat Genting
Sempah. Pukul 9 baru gerak dari situ dan pukul 11 baru sampai rumah abang
kat Lipis.

Kenduri hari Ahad. Abang ipar jemput makan tengahari. Kak Azah, biras aku
masak sendiri lauk pauk dengan family dia kat Sungai Koyan. Angkut ke rumah
baru dia pukul 11 pagi tu. Jemputannya ramai juga. Lebih kurang 200 orang juga.
Ada juga abang ipar bawa budak2 kelas dia datang. Abang ipar aku ni pensyarah
maktab kat lipis tu.

Petang tu hubby kata nak gerak pukul 4 lebih, tapi sian pulak kat biras dengan
abang ipar tu nak mengemas. Tolong la juga apa yang patut sebab memang tinggal
dia berdua je nak kemas semua. Pukul 5.30 baru gerak dari Lipis. Sampai Klang
pukul 10 malam sebab berhenti solat dan makan kat Genting Sempah sekali lagi.

Hari Isnin tu baru drive balik Jengka semula lepas hantar anak pegi sekolah agama.
Biasa hubby hantar sebab dia kerja malam minggu ni. Tp bila dia tengok aku siap2, dia
nak aku hantar dia pergi sekolah agama. Pukul 5 sampai Jengka. Ha, kan ke mengukur
jalan namanya tu?

Maaf le, gambar tak ada. Memang ingat nak ambil gambar rumah baru abang ipar tu dan
sekitar majlis tapi kamera pulak buat hal. Geram je... Tetiba hang, keluar putih jer..

Friday, October 22, 2010

Hujung minggu ni Pahang bercuti lama sikit berbanding
negeri lain. Sebabnya Hari Keputeraan Sultan Pahang jatuh
pada 24/10 iaitu hari Ahad. Makanya, secara automatik hari
Isnin adalah cuti bagi negeri Pahang.

Semua orang mesti dah ada plan kalau cuti lama sikit ni kan?
Kebetulannya minggu ni turn aku balik Klang, so dapat la
masa lebih sikit dengan hubby. sookaaaaa sgt....

So, nanti la cerita lagi ek? Rasanya macam ada episod travel la
minggu ni. Dah janji ngan somebody untuk ambil gambar byk2.
so, nanti aku tayang ek?

tata...

Wednesday, October 6, 2010

Minta Tukar

Assalamualaikum.

Mulai 1 September hari tu, permohonan pertukaran guru secara
online telah dibuka. Dan tarikh tutupnya adalah 30 September.
Aku dah dua kali isi borang tu tahun ni. Sekali bulan April tu, untuk
pertukaran Jun tapi tidak berjaya.

So, sekali lagi aku mencuba nasib pada bulan September ni pulak.
Masa 1 September tu, memang tak dapat masuk sistem langsung sebab
dia ada pertukaran server. Then try lagi 2 September, alhamdulillah
boleh daftar nama. Tapi bila nak masuk sistem tak boleh. Yang keluar
ialah "anda tidak dibenarkan bertukar. Sila hubungi JPN negeri anda".

Wah, berderau darah aku. Pasal pulak tak boleh tukar? Masa tu mula
la fikir sebab aku masih dalam proses untuk perlantikan ke DG41 kot?
Dalam terfikir2 tu, call la JPN. Yang menyambut panggilan tu janji akan
siasat dan call balik. Tapi tak de call pun.

Pagi2 Isnin tu, member dari Kelantan sms kata dia dah berjaya masuk
sistem dan isi borang. (Dia ngajar kat Jengka tapi kg kat Kelantan).
Terus la aku call JPN tp x dapat sebab line busy. Petang tu baru dapat
dan dia bantu la apa yang patut. Alhamdulillah, boleh isi borang. Print
terus hari tu dan esoknya hantar kat pejabat.

Aku berkhidmat kat sekolah sekarang dari tahun 1998. First posting
terus kat situ. Dah masuk tahun ke-13 kan? Lama, sampai latarbelakang
famili anak murid sekarang pun dalam kepala. Tau je, dia tu anak sapa,
adik beradiknya camana, cucu sapa...

Aku harap sangat dapat bertukar dekat dengan hubby. Nak duduk sekali
dengan dia dan anaknya. Sejak kahwin ni, memang setiap minggu memang
tak pernah lagi miss untuk jumpa tapi tu la, hujung minggu saja. Kalau
hubby kerja Sabtu, boleh kira berapa jam aje ada sama dengan dia.

Anak tiri aku pernah tanya kenapa tak tukar kat sekolah dia lagi. Bila bagi
tau tak dapat tukar, dia kata cikgu sekolah dia yang tukar tu pun tak
di ganti lagi. Kan ada kosong? Alahai anak, sedih hati aku. Macam mana
nak bagi tau yang kita terikat dengan peraturan? Walaupun ada yang
gunakan kabel besar untuk tukar, cepat je dapat tak payah isi borang pun.
Kita yang tak de kenal "somebody" ni terpaksa la tunggu juga....

Ke ada sesapa yang boleh tolong? saya nak tukar ke Selangor dalam daerah
Klang ye...? hehehe:-)