
Hari Buku dan Hak Cipta ni patutnya disambut pada
23 April setiap tahun. Tapi surat yang meminta pihak
sekolah melaksanakan program ini hanya diterima pada
24 April.
Makanya, pihak sekolah telah mengambil keputusan
untuk mengadakannya pada 30 April. Sebab murid Tahun
6 sedang elok baru habis ujian pengesanan.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah membaca senyap,
program tukar buku suka sama suka, membaca biodata
sasterawan negara dan bercerita.

Mendengar ucapan GB

Mengedarkan bahan bacaan senyap

Membaca senyap. Tapi sebab buat kat dataran kejat, matahari
baru naik, sian la budak-budak berpanas... Vitamin tu..

Kertas yang patut dibaca dijadikan peneduh pulak...

Emcee for the day

Cikgu pun berpanas sama juga...

Jauhnya renungan tu...

Tayangkan buku masing-masing...

Peserta bercerita, Niesa Irdina Syafiqa. Akan mewakili
sekolah ke pertandingan bercerita peringkat kelompok
minggu depan. Good Luck, Niesa!
Ok, that's all folks. Bye............