Monday, August 15, 2011

Shopping Raya


Assalamualaikum.

Korang semua dah shopping raya ke? Hari Jumaat malam Sabtu
12/8 baru ni pergi shopping. Ala, takat The Store Klang aje.. Ya
Allah, punya la ramai orang. The Store kan buat sales..

Rupa-rupanya ekspo raya pun dah start. banyak la gerai-gerai
kecil sepanjang jalan tu. Pendek kata, semua barang ada. Tinggal
pilih aje. Paling best aku tengok gerai yang jual dodol siap kacau
dodol kat situ juga.

Kalau bukan dengan hubby, rasa-rasanya aku takkan pegi Klang
buat masa yang terdekat ni sebab memang sibuk sangat. Penuh
dengan umat manusia.

Kitorang shopping baju untuk anak aje yang banyak. Kira boleh
tahan la harganya, sebab sales kan? Kalau tak, parah juga nak
membayarnya....

Mari kita lihat apa yang kami beli...


Ake beli kasut aje... Hubby kata, baju dah banyak tempah...hehehe

Ni hubby punya...


Yang ni anak punya....

Ada juga aku belikan jubah untuk mak mertua. Tadi dah
ambil gambar tapi gegar, tu yang tak jadi letak kat sini. Yang
kelakarnya, kononnya nak surprise kan mak tapi tak tahu
saiz, last-last call dia tanya saiz. Dah la sibuk pula dia cakap
jangan beli yang mahal... hehehe

Untuk mak sendiri, aku dah belikan kain pasang yang harganya
lebih kurang je dengan harga jubah mak mertua tu... Sebenarnya
aku ada aim satu barang nak beli.. Hubby dah bagi green light nak
beli. Nanti la kalau jadi, aku share ye..

Aku pun tengah tunggu duit kutu untuk buat cermin mata yang
baru ni. Yang aku pakai sekarang ni dah dekat 2 tahun dan aku
rasa power silau akan bertambah kot sebab dah tak selesa sangat.
Lagipun bila baca novel dah tak boleh dengan cermin mata ni, mesti
tulisan jadi kabur. Kena buka baru boleh baca.

Agak-agak power kena tambah ke kurang ni ya?

7 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

tak shopping lagi.huuu

aritu kan nur check. ingatkan power silau tinggi. rupanya takde dah.. tak tau mcm mana boleh hilang. pakai cermin mata pun sebab silau je.. skrg dah tak pakai.hehe..

selamat berpuasa kak..

Eyna's said...

sy bace novel dan ngadap komputer sure kena tanggal cermin mata...kalau tak rase semacam, tak sdap je...

2 minggu lpas, cermin mata pecah...tertindih, nak2 pakai yg takde bingkai....hhhmmmm... nasib ada kedai buka ari ahad dan boleh siapkan dlm masa 1 jam (harga pun ok sesangat), kalau idak sure mengganggu gak isnin tu ke sekolah.

Nizam Awang Brahim said...

Koi last minit baru nok nyoping moping

Saliza said...

Nur,
akak kan dah 2 kali buat cermin mata yang makin kurang powernya.. sampaikan yg test mata tu tanya kenapa kurang power?
Pelik juga kan? hrp2nya power makin kurang la

Saliza said...

Eyna,

kalau 1 jam siap, akak pun nak buat gak sebab selalunya mesti kena tunggu
2/3 hari tak pun sampai seminggu..

Saliza said...

Nizam,

yang koi tak dayanya bila shopping last minit ni ialah nak melawan lautan manusia tu...

ingat lagi masa koi gi shopping thn lepas kat temerloh tu, ingatkan malam tak ramei org, rupanya laaaagi ramei..

Eyna's said...

Saya buat kat temerloh kak(tapak pasar lama/sebaris public bank). Memang ok sesangat layanan kedai tu... sebelum tu saya dah jengah beberapa kedai, smpai ke mentakab, Smuanya tak boleh siap segera. Kena amik ari selasa....