Tuesday, November 2, 2010

Kursus

Aku menghadiri kursus KSSR(Kurikulum Standard Sekolah Rendah) di
Maran selama 2 hari iaitu pada 1 dan 2 November baru ni. KSSR ni baru
diperkenalkan untuk murid tahun 1 tahun depan. So, pada sesapa yang
ada anak berumur 6 tahun tahun ni, anak anda akan belajar Matematik
dan Sains dalam Bahasa Melayu semula....

Kalau ikut jadual yang diberi, kursus akan habis pada jam 5.15 petang tapi
kumpulan kami telah berbincang dan tak mahu ambil masa rehat, jadi
boleh la balik awal sikit. Hari pertama tu balik pukul 2 dan hari kedua ni
pukul 3 lebih sebab ada pembentangan.

Rasanya inilah kursus yang aku hadiri yang suruh pilih ahli group sendiri.
Kan selalunya organizer yang bagi group. Tapi aku pun tak de la pilih nak
group dengan orang yang kita dah biasa. kali ni aku group dengan cikgu dari
SK Bukit Lada, SK Desa Jaya dan SK Jengka 8. Memang best group dengan
adik-adik ni. Masing-masing ada idea dan paling best, tak ada la nak bertolak-
tolak tentang siapa yang nak jadi pembentang.

Banyak info baru yang aku dapat dari sini. Sukatan pelajarannya memang la
dah lain dari sekarang. Ada tambahan topik pulak tu dan kurangnya masa
mengajar matematik daripada 7 masa seminggu kepada hanya 6 masa sahaja.
Ini kerana masa tersebut dialihkan kepada masa Bahasa Inggeris.

Banyak juga berlaku perbincangan yang aku rasa cukup baik. Sebab masing-
masing banyak memberikan pendapat yang bernas. Tunggulah pelaksanaannya
tahun depan...

No comments: