Monday, November 8, 2010

Cuti-Cuti Cinta


Picture credit to sinemamalaysia.com.my

Sebuah filem yang sangat santai dan memang enjoy menontonnya.
Aku dan hubby pergi masa cuti Deepavali baru ni. Suka la dengan
jalan cerita, pelakonnya dan pemandangan dalam filem ni.Walaupun
nampak ringan tapi masih ada mesej yang ingin disampaikan.

Nora Danish amat cantik dalam filem ni. Lakonannya sebagai anak
orang kaya yang manja dan mengada memang menjadi. Farid Kamil
pun bagus juga, lain la sikit daripada yang biasa dilihat sebab dalam
filem ni ada masa dia macam baik sangat dan ada masa boleh berubah
karektor.

Lain-lain pelakon juga tak menghampakan terutamanya Adeep dari The
Fabulous Cats. Tak payah keluar dialog pun dah boleh buat orang gelak.
Zed Zaidi punya lakonan macam yang selalu kita tengok la, jadi anak
orang kaya yang nakkan harta saja...

Dialog-dialog lucu datang secara spontan saja. Tak ada la dialog yang
memaksa penonton untuk gelak. Semua spontan mengundang ketawa.
Ok, dari segi jalan ceritanya, kita memang dah boleh agak filem ini
akan menjurus ke mana. Meaning, ending yang amat predictable tapi
tak mencacatkan pun.

Aku syorkan pada sesapa yang nak tengok filem ni, pergilah... tak rugi
pun. Memang untuk merehatkan minda, tak payah fikir apa-apa.

8 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Koi jarang ke pawagam wehhh..

Saliza said...

akak pun dah lama tak pegi Cham..
tp dah ade org ngajak, layan je la.

eyna said...

sy pun dah tengok CCC ni...masa arijadi sultan pahang ari tu..ari deepavali baru ni plak g nengok cite Magika plak... syok jugak...w/pun ada unsur2 muzikal.

Ernie Diana said...

saya nak pegi tengok masa cuti sekolah ni.......saya kaki wayang :)

Saliza said...

Na,
akak pun mcm teringin nak tgk Magika tu..

Saliza said...

Ernie,
syok juga layan wayang ni kan?
Akak tgh tunggu Harry Potter ni.
Abg lak dah ajak tgk Mega Minds this week

Ernie Diana said...

akak best lah lepas ni weekend ada banyak aktiviti leh buat kalu kat sana. lain lah saya kena le gi b5 lagi...hehehehe
saya balik ni nak claim movies...

Nizam Awang Brahim said...

Bujang pun koi jarang nengok.Dah jadi aboh ni lagi la