Thursday, June 24, 2010

Sabar Menanti...

Macam yang korang semua tau, aku dah
selesai interview untuk kenaikan gred ke
DG41 pada 26 Mac yang lalu.

Naik gaji, sapa yang tak nak kan? So, baru
ni aku semak kat internet, status aku ialah
"diperakukan lantikan tetap". Wah, ini
sudah bagus sebab maknanya aku dah lulus
la dalam temuduga ari tu.

takut juga kalau tak lulus kan? Tapi masa tu
surat tawaran cuma ditulis "dalam proses". Tak
kira la kan? Happy gila dah masa tu. siap buat
status kat FB lagi..

Naik cuti baru ni, aku semak sekali lagi. Wah, dah
ada tarikh surat. Tarikhnya ialah 19/05/2010.
Alhamdulillah, leganya hati aku walaupun surat
hitam putihnya belum dapat lagi pun.....

Berbaloi juga la penat lelah belajar selama 4 tahun.
Tapi yang nak jadi rezekinya, aku dah lulus periksa
PTK DG32 tu tahun lepas...

1 comment:

Kak Long Qaseh said...

Salam cikgu
tahniah ya