Friday, April 3, 2015

Novel Lagi



Inilah hasil belian di Pesta Buku Selangor 2015. Ada juga yang dicari tapi belum jumpa. Jadi, hanyalah ni yang menarik minat. Kebetulan pulak, drama adaptasi novel Teman Lelaki Upahan masa tu bakal ditayangkan. Beli lima novel ni dapat free novel Kampung Girl. Nasib baik aku memang tak beli novel tu dulu. Baca yang kawan punya je.

Aku memang rasa puas hati beli semua novel ni. Sebab memang tak jemu membacanya. Bukan apa, kadang-kadang ada novel yang tak dapat menangkap minat nak membacanya. 3 mukasurat pun tak lepas. Berminggu-minggu terpaksa ulang dari mula... Last-last, memang tak baca la jawabnya.

Ada lagi koleksi paling baru yang aku beli masa cuti sekolah baru-baru ni. Tapi tak sempat nak snap gambar pun. Sekarang dah tengah pass pada member-member kat sekolah tu. Memang selalu bertukar-tukar novel. Siap pesan dah novel apa yang perlu beli@tak sebab senang nak tukar. Nanti tak ada la terbeli novel yang sama.

Sekarang ni tengah nak cari novel Hati Perempuan. Sebab belum baca dan bila tengok dramanya best aje.











Sunday, March 22, 2015

Sembang Santai

Assalamualaikum.

Setahun lebih dah blog ni terbiar. Nak kata sibuk sangat tu tidak la.Malas menaip tu la pasalnya. Bukan tak ada story tapi mood nak menaiptu yang tak ada.

Antara aktiviti yang aku lakukan tahun lepas ialah bercuti ke Sabah. Bulan Disember 2014 yang lalu. Memang la cerita yang dah basi kan? hahaha...

Tapi tetap nak abadikan juga di sini. Aku pergi dengan beberapa rakan sekolah.  Kebetulan masa tu
member beritahu tiket MAS tengah murah. Aku bertiga beranak tiket x sampai RM800. Gigih nak pergi juga walaupun flight pergi n balik tu malam.

Mmg tak pernah sampai pun ke Sabah. Tu yang nak pergi sgt tu..

Rumah terbalik



Tgk rafflesia kembang

Genglawatan


Di kampung monosopiad

Dlam bot nak gi pulau



Berlatarkan gunung kinabalu yang dilitupi awan


 Bercuti di Sabah daripada 14/12 hingga 18/12 mmg satu pengalaman yang menarik. Ada lagi gambar tapi bila try upload jadi terbalik... tak reti nak pusingkan... hahaha, dah lama tinggal blogspot ni mmg dah lupa...

Paling best makan seafood yang fresh2 kat sana. Shopping x banyak mana sbb mmg tujuan nak makan seafood. 

Okay, that's all for now.