Saturday, August 24, 2013

Potluck Raya @ School

Assalamualaikum.

Memandangkan sekarang ni bulan Syawal maka banyak la tempat yang
membuat rumah terbuka. Kami di sekolah juga x ketinggalan mengadakan
jamuan raya. Konsepnya secara pot luck mengikut meja. Kami berempat yang
semeja bersepakat untuk membawa puding trifle sebagai dessert.

Tapi aku kan mengajar di tahun 6. Buat pulak potluck ni hari jumaat 23/8/2103. Hmmm, dah kemudian baru dapat makan. So x dapat la nak snap gambar makanan  yang lazat-lazat semua tu. Yang pastinya ada nasi impit, kuah kacang, rendang ,sambal tahun (orang jawa punya special), roti jala n kuah durian, salad,sambal goreng jawa, sambal tempoyak, puding roti,
puding trifle, kek batik, rojak buah n banyak lagi la...

Penuh la meja untuk menjamu selera. Masing-masing bawa sorang sikit,
maka jadi banyak la. Konsep kami senang je, semua makanan letak kat bilik
guru  n waktu makan ialah waktu free. Jadi tak ada la kata kena tinggalkan kelas ke apa ke.Jamuan dengan budak2 tahun 4 dan 5 akan dibuat pada hari ni. Tahun 6 tak ada  jamuan raya sebab ada kem motivasi bersama pentadbir.

Ye, hari ni kami sekolah jugak... Walaupun banyak sekolah yang ganti hari ni tapi sekolah kami masih lagi mengganti untuk jerebu hari tu. Masa jerebu tu, kami di Klang cuti 3 hari. Ni la hari terakhir yang nak diganti. Cuti raya hari tu akan diganti pada bulan September pulak. Okay la, sebagai mengakhiri coretan hari ni, hanya ada sekeping gambar  yang sempat diambil.Tu pun aku amik member punya hihihi...