Monday, November 21, 2011

Year End Dinner


Assalamualaikum.

Merasalah berdinner bagai bila dah mengajar kat Klang ni.
Dulu kat Jengka tak ada dinner-dinner macam ni. Dinner
akhir tahun ni dibuat di Menara KL. Tapi bukan dekat
restoran berputar tu.. Setingkat atas dari restoran berputar
tu.

Tak ramai cikgu yang dapat join dinner ni. Dalam 60 orang
aje tapi meriah sangat. Makanan yang disediakan oleh D'Saji
pun sedap. @ buah bas disediakan untuk mengangkut kami
dari Klang. Tapi aku naik kereta dengan Ustazah Shaly dan
Anida. Kiranya kami gerak dulu la..

Meh layan gambar la.. nak cerita pun tak pandai..Let the
pictures do the talking la ye?


Ini Anida


Sebab sampai awal sempat posing kat luar, tapi hari hujan..


Ha, ni la driver kami.. Tau dia jalan short cut nak gi KL Tower tu..


Di luar dewan..


Ini dessertnya.. sedappp


Acara berposing selepas makan..


ni pun lepas makan...


Cantik, kan?


Posing ramai-ramai...


Meja kami

Dan makanan kami malam tu ialah....


Kari ayam


Udang masak lemak


Sayur brokoli +cendawan


Isi ikan sambal


Kambing


Ulaman

Paling kelakar bila semua tenagh best menyuap makanan, ada
yang berbunyi, "sedap la kambing ni..". tetiba ada yang berhenti
makan, rupanya dia tak makan kambing tapi tak tahu yang
daging yang dia tengah sedap makan tu kambing...hehehe

Okay..that's all..

Monday, November 14, 2011

Maharaja Lawak Mega

Assalamualaikum.

Hari ni nak menjadi juri tak bertauliah nak mengomen
pasal Maharaja Lawak Mega(MLM) ni. Aku punyalah
semangat nak tengok MLM ni. Siap tutup channel kartun
dan order Mustika ni.

Mula-mula tu pelik juga kenapa 3 orang juri tetap tu yang
terpilih. Tapi bila dengar komen jujur dari mereka, memang
sama dengan apa yang kita sebagai penonton ni rasa.

Masa tengok Apa Kata M yang tanya peserta yang dapat
undian terendah tentang komen mereka, aku tak puas hati
betul bila ada yang kata "kitorang baru, lawan dgn otai2,
memang la.. otai ni, diorang bersin pun orang gelak.."

Apa kes komen macam tu..? Dah memang tak lawak, takkan
la juri nak puji dan orang nak undi kan? Yang aku tak setujunya
ialah bila diorang kata yang lain tu otai..dorang amatur la konon.
tapi cuba tengok balik Raja Lawak. Bila ada homework, isi ada,
pun orang akan gelak gak..contohnya Man, Kumpulan R2 dan
budak Fendi dan Syukri(lupa nama kumpulan) dalam Raja Lawak
5.

Lepas tu si Ifa Raziah tu nak salahkan juri juga. Dah memang tak
lawak, takkan nak kata lawak sebab nak jaga hati. Aku masa
persembahan kumpulan Syok tu dalam episod 3 dah tukar channel
berapa kali sebab boring sangat. Dia rasa dia boleh berlawak sebab
banyak berlakon drama komedi. Tapi itu scripted.. Skrip tu yang
lawak, bukan dia..

Aku cuma nak menyatakan pendapat aku aje pun...

Sunday, November 13, 2011

Aidil Adha 2011



Assalamualaikum.

Raya Haji kali ni aku beraya kat Jengka. Gerak dari Klang
pukul 9 lebih hari Sabtu (5/11) hari tu. Masa lepas dari
tol Gombak tu, dengar kat radio bagi tahu yang jalan sesak
2km dari tol Bentong dan tol Karak.

Tapi masa kami lalu tu, belum sampai terowong tu pun dah
sesak. Tapi masih bergerak la kereta tu bukannya tak bergerak
langsung. Tapi biasa la kan, aku tidur je kat sebelah hubby, hehehe.

Lepas pada exit Bentong/Raub/ Kuala Lipis tu dah okay jalan.
Sebab kereta yang berduyun tu semuanya nak balik ke Kelantan.
Pukul 1 kot baru sampai Jengka. Mak tak mengisi ketupat palas
pun lagi masa tu sebab tunggu akak aku beli beras pulut.
Nak tambah lagi sekilo sebab ada makcik yang nak tempah
ketupat tu....

Jadi, sempat la aku tolong mak mengisi ketupat. Akak aku pun
memang suruh aku tolong sebab dia kata dia tak pandai ikat
ketupat jantan macam mak. Bila dia ikat mesti nak jadi ketupat
betina. Aku pun, bertahun juga nak jadi pandai buat ketupat
jantan tu.... Tapi gambar tak de la ye..

Meh tengok gambar pagi raya..


Si kecik yg sokmo menyelit. Tak boleh langsung mak teh dan pak teh nak posing berdua..


Ini pun nasib baik abangnya bawa lari kejap. Boleh la posing berdua. hehehe



Family kakak..


dgn mak


dgn kakak

Macam yang korang tengok kat gambar atas sekali tu, anak
sedara aku ramai lelaki. So, bayangkan la kalau nak mengemas
atau membasuh pinggan tu. Yang kecik tu je perempuan, tapi
ganasnya mengalahkan abang2nya. Bayangkan, gigi depan dia
dah takde sebab patah dia jatuh dari basikal. Bukan jatuh yang
biasa tu, dia boleh berdiri atas basikal dia, tu yang jatuh tertumus
ke lantai.. Abangnya dulu masa kecik tak ada la senakal dia..
Nanti2 la aku buat satu entry pasal si kecik kesayangan aku tu..

Okay, dah...