Tuesday, May 18, 2010

Sekitar Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


Oleh sebab tarikh 16 Mei jatuh pada hari Ahad, maka
sambutan hari guru peringkat sekolah telah dibuat
pada 17 Mei 2010 iaitu pada hari Isnin.

Perhimpunan khas sempena hari guru ini dimulakan
dengan bacaan doa oleh Ustaz Ab Satar. Kemudian
diikuti oleh nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang
dan Lagu Sekolah.

Setelah itu, diikuti oleh ucapan KPPM, Menteri Pendidikan,
ketua murid dan pengerusi PIBG. Selepas itu, semua guru
menyanyikan lagu Guru Malaysia dan lagu tema, Guru
Pembina Negara Bangsa.

Selepas itu, acara sukaneka dijalankan. Biasa la, ini acara
wajib setiap tahun. Masa ni la budak-budak pulak tengok
cikgu-cikgu berperangai keanak-anakan semula. Banyak
sungguh taktik untuk memastikan kumpulan sendiri menang.

Selepas di padang, beralih pulak ke dalam dewan. Tahun ni,
setiap kelas mengadakan persembahan sempena hari guru.
Selepas selesai persembahan, ada la bacaan sajak oleh guru.
Selepas itu, acara bertukar-tukar hadiah pula.

Sambutan diakhiri dengan murid-murid memberikan tanda
ingatan kepada guru. manakala guru pulak membekalkan
makanan kepada murid sebelum balik.

Ok, sekian laporan dari saya.

mari kita lihat bukti kejadian...


Warga SKJ 20


Menyanyi lagu hari guru ke tayang gigi ni?


AJK PIBG yang sporting..

Siap sedia untuk bersukaneka

Ok, that's all.

6 comments:

rEd said...

kak, banyak ke dpt hadiah??

hahaa hri guru mmg best...masa ni la kan nk tgk cikgu2 turun padang main apa2 yg patut..

Saliza said...

Red,
byk adiah tp x sempat nak snap...
anak2 sedara dah sibuk nak tolong buka, hehehe

Nizam Awang Brahim said...

Koi rase macam nok jadi cikgu je.

Saliza said...

JD,
aok pun cikgu juge..
cikgu kpd anak aok ecah ter..

saharul said...

salam cikgu...

Rase koi mana2 sekolah pasti adakan aktiviti yg sama...pagi perhimpunan, lepas tu sukaneka, persembahan pentas dan akhir sekali jamuan...

Saliza said...

Cikgu jang,

rasa2nya gitu la..
koi ni dr posting, mmg kat skoloh ni la je..