Thursday, March 8, 2012

I'm Back...!

Assalamualaikum.

Yes, dah boleh blogging balik. Harap-harapnya dapat terus
berblog ni. Sebenarnya aku rindu nak menulis kat sini. Tapi
tu la, bila tulis aku nak letak gambar sekali tapi nak upload
gambar makan masa betul la dgn broadband ni..

Hmmm, sepanjang hampir 3 bulan menyepi ni macam-macam
aktiviti yang dah aku lakukan. Antaranya ialah pergi bercuti
dengan family belah aku kat Port Dickson. Belum pernah lagi
kitorang buat aktiviti macam ni sebenarnya... Rasa best bila
boleh bawa mak gi jalan-jalan ni.



Tengok la mak aku ni, dipaksa dek cucu sulungnya pakai cermin
mata hitam...hehehe


Ha, ini aktiviti wajib yg disukai oleh budak2 n org dewasa...
Tempat tidur mesti ada swimming pool.

Ok, itu aktiviti hujung tahun lepas. Meh nak cerita pasal
sekolah pulak. Masuk aje mesyuarat bulan 12 tu, hati
dah rasa tak sedap sebab nama aku tak ada dalam senarai
nama guru yang diedarkan. Tak sedap hati tu pasal ada
dengar cerita yang mana-mana cikgu yang akan di"redeployment"kan
GPK dah buang nama dia dr jadual waktu.

Jumpa GPK n dia minta maaf sebab dia kata anak buah ramai
dan ada yang dia terlupa. Rupanya bukan aku sorang yang
tertinggal nama, ada lagi 2 orang cikgu senior yang sama nasib.
Tahun ni sebab nama tercicir jadi aku tak pegang kelas. Tapi
kena ajar Tahun 6 sebanyak 5 kelas. 1 kelas ajar Sivik dan 4
kelas lagi ajar Matematik.

Dapat 2 kelas yang depan dan 2 kelas yang belakang. ok, nanti
sambung lagi..nal tgk Santau Merasuk ni...

No comments: