Assalamualaikum
Cerita 1
Alhamdulillah, pada cuti sekolah bulan jun baru ni aku telah berkesempatan untuk melaksanakan ibadah umrah buat pertama kalinya. Ianya satu pengalaman manis yang tak mungkin dapat aku lupakan. Aku pergi bersama suami, anak, ibu mertua dan makcik suami.
Pertama kalinya juga aku mendapat pengalaman menaiki pesawat. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar tanpa ada apa-apa masalah sepanjang 12 hari aku di sana. Bertolak dari KLIA pada 27/5 jam 8.00 pagi. Transit di Jakarta dan tiba di Jeddah jam 5.00 petang waktu di Jeddah.
Bertolak dari Jeddah jam 7.00 mlm dan sampai di Madinah jam 2.00 pg. Beza waktu antara Malaysia dan Arab Saudi Malaysia awal 5 jam. Kami menginap di Hotel Fayroz yang tak sampai 100 meter dari Masjid Nabawi. Alhamdulilah, dapat bersolat 5 waktu di Masjid Nabawi sepanjang 3 hari di sana. Dapat juga bersolat di Raudhah.
Petang Khamis bertolak ke Mekah. Bermiqat di Bir Ali. Sampai di Mekah lebih kurang jam 10 lebih. Menginap di Zahraht Kamil Hotel. Pukul 12 malam, aku bergerak ke Masjidilharam untuk menunaikan umrah dengan bimbingan mutawif. Selesai melakukan umrah, kami terus berada di Masjidilharam, menunggu untuk solat subuh.
Sepanjang berada di Mekah, dapatlah aku melakukan 6 kali umrah. Alhamdulillah, kesihatan aku baik, cuma suami demam satu hari... Aku cuma batuk dan selsema. Bertolak balik dari Mekah jam 4 petang, terus ke Jeddah. Penerbangan balik jam 12.30 pg waktu Jeddah. Transit di Jakarta dan sampai semula ke KLIA jam 8.30 malam..
Cerita 2
Pada hari Jumaat 22/6/2012 baru-baru ini aku telah dikejutkan dengan berita kembalinya rakan baikku semasa belajar di OUM dulu ke rahmatullah. Mungkin rakan-rakan maya ada yang mengenali arwahnya juga. Arwah lah yang telah mengenalkan aku kepada dunia blog ini. Arwah ialah tuan yang empunya blog www.ayang-adleyna.blogspot.com .
Paling menyentuh hati ialah perginya arwah bersama-sama dengan ayahandanya yang tercinta. Diberitakan, arwah telah sesak nafas dan pengsan apabila melihat ayahnya pengsan. Bila dikejarkan ke hospital, doktor telah mengesahkan yang kedua-duanya telah tiada..
Al-Fatihah buat sahabatku, Haslina @ Sarina bt Ahmad. Semoga kau tenang di sana..
Cerita 3
Petang Isnin 25/6 pula aku telah dikejutkan dengan panggilan daripada suami. Rupa-rupanya, hubby telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dengan ambulan. Ya Allah, hanya Allah saja yang tahu perasaan aku masa tu.. Hubby dah berada di wad kecemasan tu dari pukul 3 ptg lagi tapi dia hanya call aku pukul 6.30 ptg... Alasannya, dia jangka tak kena masuk wad....
Dah la aku tak tahu macam mana nak drive ke HTAR tu... Hubby relax je suara dlam telefon, siap gelak-gelak dan cakap jangan panik. Minta tolong jiran hantar ke HTAR lepas maghrib. Hubby masih di wad kecemasan. Bila tengok hubby macam bias, baru rasa lega sikit.
Doktor di Klinik Kesihatan yang buat rawatan biasa tu kesan degupan jantung hubby macam tak stabil, lemah je dia kata. Tu yang dia hantar terus ke hospital walaupun hubby rasa sihat. Dah uruskan pasal masuk wad tapi sampai pukul 10 mlm masih kat situ juga. Last-last, hubby suruh balik walaupun aku nak tunggu. Dia kata dia sihat, paksa juga aku balik.
Aku sampai rumah dlam pukul 10.30, hubby sms pukul 10.40 tu dia baru dapat masuk wad. Esoknya, Selasa tu aku gi sekolah dengan separuh hati. Nekad juga gi jumpa GB, minta Guarantee Letter dan minta cuti. GB terus luluskan. Jumpa anak dan pesan suruh balik dengan jiran. Balik rumah kejap, ambil sampel ubat hubby dan drive ke HTAR. Tawakal aje drive sorang2.
Sampai wad, hubby terkejut sebab dia tak jangka aku datang. Masa tu ada 2 orang doktor tengah check hubby. Dengar dorang bincang untuk refer hubby sama ada ke IJN atau Hospital Serdang. Hubby pilih Hospital Serdang sebab tahun 2009 dia buat rawatan kat situ. Lepas tu, dalam pukul 11 lebih doktor pakar pula datang, masa tu hubby tengah buat rawatan ECG.
Bila hubby keluar dr bilik rawatan tu dia bagitau yg dia boleh balik. Tak perlu refer ke mana2 pun sebab bukan serangan yang macam dulu, salur tak tersumbat pun.. Doktor di klinik tu yang paranoid sangat dia kata.. Dan, alhamdulillah, hubby dah boleh keluar wad.
Cerita 4
Petang tadi pergi ke Tabung Haji. Dan selamat mendaftar untuk menunaikan haji. Kalau ikut tarik yang dia bagi tadi pada tahun 2050. Kalau panjang umur, insyaallah, akan sampai ke sana. Dan mana lah tahu, kot-kot dapat rezeki awal pulak kan?
Ok, bye..
Wednesday, June 27, 2012
Friday, March 30, 2012
Banjir di sekolah
Assalamualaikum.
hari ni telah berlaku banjir kat sekolah aku. Hujan turun
mmg lebat bermula dlam pukul 3.30 pg. Masa aku bangun
pukul 6 tu pun masih lebat lagi. Hati aku dah rasa tak sedap
sebab dah pernah berlaku sebelum cuti seminggu dulu tu.
Ada member mesej tapi sama-sama taktau keadaan sekolah
sebab bukan duduk di kawasan sekitar tu. Bila sampai kat
sekolah, air dah penuh depan pagar. So, aku park aje kereta
kat luar pagar.
Masa tu lebih kurang pukul 6.50 tapi air dah sampai paras
betis. Nak tak nak kena la juga redah air tu. Murid-murid
pun ramai yang datang. Diorang lagi suka pulak main air tu.
Okay, ni la gambar yang sempat aku ambil tadi..

Thursday, March 8, 2012
I'm Back...!
Assalamualaikum.
Yes, dah boleh blogging balik. Harap-harapnya dapat terus
berblog ni. Sebenarnya aku rindu nak menulis kat sini. Tapi
tu la, bila tulis aku nak letak gambar sekali tapi nak upload
gambar makan masa betul la dgn broadband ni..
Hmmm, sepanjang hampir 3 bulan menyepi ni macam-macam
aktiviti yang dah aku lakukan. Antaranya ialah pergi bercuti
dengan family belah aku kat Port Dickson. Belum pernah lagi
kitorang buat aktiviti macam ni sebenarnya... Rasa best bila
boleh bawa mak gi jalan-jalan ni.
Tengok la mak aku ni, dipaksa dek cucu sulungnya pakai cermin
mata hitam...hehehe
Ha, ini aktiviti wajib yg disukai oleh budak2 n org dewasa...
Tempat tidur mesti ada swimming pool.
Ok, itu aktiviti hujung tahun lepas. Meh nak cerita pasal
sekolah pulak. Masuk aje mesyuarat bulan 12 tu, hati
dah rasa tak sedap sebab nama aku tak ada dalam senarai
nama guru yang diedarkan. Tak sedap hati tu pasal ada
dengar cerita yang mana-mana cikgu yang akan di"redeployment"kan
GPK dah buang nama dia dr jadual waktu.
Jumpa GPK n dia minta maaf sebab dia kata anak buah ramai
dan ada yang dia terlupa. Rupanya bukan aku sorang yang
tertinggal nama, ada lagi 2 orang cikgu senior yang sama nasib.
Tahun ni sebab nama tercicir jadi aku tak pegang kelas. Tapi
kena ajar Tahun 6 sebanyak 5 kelas. 1 kelas ajar Sivik dan 4
kelas lagi ajar Matematik.
Dapat 2 kelas yang depan dan 2 kelas yang belakang. ok, nanti
sambung lagi..nal tgk Santau Merasuk ni...

Subscribe to:
Posts (Atom)