Tuesday, August 3, 2010

Sambutan Birthday

1 Ogos baru ni, aku menyambut ulangtahun kelahiran yang
ke-34 tahun. Tahun ni lebih bermakna kerana aku meraikan
birthday ni dengan yang tersayang.

Minggu ni hubby kerja hari Sabtu, so aku drive ke Klang la.
Sekarang ni dah pandai sikit so, tak de la tergesa-gesa sangat.
Malam tu hubby balik kerja dan bagi tau yang dia kena kerja
juga pada hari Ahad tu. Nak kata apa kan? Redha aje la...
Mak mertua aku kata, "sian Liza kena jaga rumah..."
hahaha.. aku gelak je bila dia cakap gitu.

Tapi hubby dah plan rupanya. tak dapat keluar sambut
1 Ogos, malam Sabtu tu dia dah ajak keluar. Dia belanja
tengok wayang. Hajatnya nak tengok The Sorcerer's Apprentice.
Tapi lambat sangat, so pilih cerita lain.


Ni la movie yang kami tengok.

Best juga ceritanya. Full action. Angelina Jollie macam dalam
movie action dia la juga. Pastu malam Ahad pun hubby ajak
keluar. Dia kata just jalan-jalan. Tapi rupanya dapat pilih
hadiah apa yang aku nak... bestnya. Hadiah apa yang aku pilih?
Aku pilih handbag sebab nak handag nak bawa kerja cuma
tinggal satu, dah tak boleh rolling...

Lepas tu hubby beli kan kek di Secret Recipe. Wah, terharu gitu.
So, on Sunday tu, just duduk rumah, masak dan tunggu hubby
balik je la. Dia kerja half day je sebab aku nak balik semula ke
Jengka pukul 3.

Masa balik tu aku tak terus balik jengka tapi singgah di Temerloh.
Beli kek untuk bawa balik kat anak buah dan sebiji lagi untuk bawa
kat sekolah. Tengok la gambar kek yang aku bawa kat sekolah tu..


Tulisan yang mengundang kontroversi... hehehe, sesekali melawak
apa salahnya kan?

1 comment:

redNing said...

hepi belated besday kak

semoga pnjang umo...murah rezeki