Assalamualaikum.
Hari ni first day puasa, 1 Ramadhan. Hari ni juga 1 Ogos
yang merupakan birthday aku. Pertamanya, aku bersyukur
kerana Allah memanjangkan usiaku dan dapat la aku berpuasa
untuk tahun ini.
Birthday kali ni juga aku berada di sekolah yang baru. Kalau
tahun-tahun sebelumnya, aku akan bawa kek dan jamu kawan
sekolah dan setiap kelas yang aku ajar akan dapat la sedikit
"jajan" dari aku. Tapi kali ni, dalam bulan puasa, maka tradisi
itu tak dapat aku teruskan.
Kebetulan juga, sekolah aku ambil cuti peristiwa pada hari ini.
Maka dapatlah aku bersahur bersama keluarga aku di Jengka.
Aku balik hari Sabtu ari tu. Kebetulan hubby kena masuk shift
malam hari ni. Tak dapat la kami berbuka bersama untuk
seminggu ni.
Menu untuk berbuka hari ni ialah patin tempoyak.. Patin fresh
dibeli sebelum balik tadi... kalau kat Klang ni payah nak dapat
patin yang sedap...
Ok, selamatberpuasa, selamat berbuka dan selamat bertarawih
semua...
2 comments:
Selamat berpuase....
Selamat berpuasa n happy birthday ye..:)
Post a Comment