Tuesday, August 10, 2010

Konvoi Mengibarkan Jalur Gemilang




Sambutan Bulan Kemerdekaan dibuat sebelum bulan puasa
bermula. Maklum la, bila dah puasa, bukan budak je yang tak
larat, tapi cikgu pun sama penat...

Majlis dimulakan dengan perhimpunan pagi macam biasa. Lepas
doa, ada taklimat sedikit. Lepas tu baru lah berkonvoi. Didahului
oleh pasukan berbasikal (laluan lain, jauh sikit) dan diikuti oleh
yang berjalan kaki (dekat sikit).

Untuk basikal, ada pertandingan untuk basikal berhias. Tapi aku
tak dapat ikut berjalan kaki tahun ni. Aku kena duduk dewan,
ajar Matematik kat murid Tahun 6. Dalam hati bapak la mengoreknya
nak ikut sama tapi apakan daya....

Yang murid Tahun 6 pun, asyik panjang je leher meninjau ke luar.
Soalan yang dibagi dah tak dipandang langsung. Kalau ikut aku,
biar je la budak tahun 6 ni ikut sama konvoi, lepaskan tension. Tapi
dia orang ada kem English pulak pukul 8 nanti. Penceramah dari
sekolah lain pulak tu... So, sementara menantikan pukul 8, aku la
yang jaga budak2 tu dalam dewan.

Meh layan gambar. Gambar ni kredit kepada Marziana, cikgu
Pra Sekolah. Aku cilok gambar ni dari FB dia. Thanks Na....


Antara basikal yang dihiaskan

Bersiap sedia untuk dilepaskan...


Sebelum matahari memancar lebih panas, kita lepaskan mereka...


Konvoi berjalan kaki dimulakan dengan murid pra sekolah


Pasukan belakang konvoi


Sampai ke garisan penamat... di padang sekolah


Finalist basikal berhias

Tuesday, August 3, 2010

Sambutan Birthday

1 Ogos baru ni, aku menyambut ulangtahun kelahiran yang
ke-34 tahun. Tahun ni lebih bermakna kerana aku meraikan
birthday ni dengan yang tersayang.

Minggu ni hubby kerja hari Sabtu, so aku drive ke Klang la.
Sekarang ni dah pandai sikit so, tak de la tergesa-gesa sangat.
Malam tu hubby balik kerja dan bagi tau yang dia kena kerja
juga pada hari Ahad tu. Nak kata apa kan? Redha aje la...
Mak mertua aku kata, "sian Liza kena jaga rumah..."
hahaha.. aku gelak je bila dia cakap gitu.

Tapi hubby dah plan rupanya. tak dapat keluar sambut
1 Ogos, malam Sabtu tu dia dah ajak keluar. Dia belanja
tengok wayang. Hajatnya nak tengok The Sorcerer's Apprentice.
Tapi lambat sangat, so pilih cerita lain.


Ni la movie yang kami tengok.

Best juga ceritanya. Full action. Angelina Jollie macam dalam
movie action dia la juga. Pastu malam Ahad pun hubby ajak
keluar. Dia kata just jalan-jalan. Tapi rupanya dapat pilih
hadiah apa yang aku nak... bestnya. Hadiah apa yang aku pilih?
Aku pilih handbag sebab nak handag nak bawa kerja cuma
tinggal satu, dah tak boleh rolling...

Lepas tu hubby beli kan kek di Secret Recipe. Wah, terharu gitu.
So, on Sunday tu, just duduk rumah, masak dan tunggu hubby
balik je la. Dia kerja half day je sebab aku nak balik semula ke
Jengka pukul 3.

Masa balik tu aku tak terus balik jengka tapi singgah di Temerloh.
Beli kek untuk bawa balik kat anak buah dan sebiji lagi untuk bawa
kat sekolah. Tengok la gambar kek yang aku bawa kat sekolah tu..


Tulisan yang mengundang kontroversi... hehehe, sesekali melawak
apa salahnya kan?

Sunday, August 1, 2010

Program Sempena Bulan Membaca



Pada hari Jumaat (30/7) baru ni, sekolah aku mengadakan
satu program sempena meraikan Julai sebagai Bulan Membaca.
Murid-murid dikumpulkan di dewan dan diberikan petikan setiap
seorang untuk dibaca secara senyap.

Kemudian, murid dipanggil ke depan untuk membaca petikan
tersebut. Dan seterusnya murid akan menjawab soalan
berdasarkan petikan yang dibaca tadi.

Mari layan gambar.


Ada yang malu-malu la pulak...


Tahun 1 perempuan


Khusyuk bnetul murid Tahun 1 ni.. Baca ke mengeja tu?


Izzat yang malu-malu padahal dia yang beria nak bergambar


Suasana dalam dewan


Guru-guru pun kena baca juga...

Program berakhir pada jam 10 pagi.