Friday, May 21, 2010

Undangan

Assalamualaikum.

Ada pun tuan yang empunya blog jarang mengupdate
blognya tahun ini adalah kerana sibuk. Selain sibuk
dengan tugas hakiki(mengajar), tuan empunya blog
juga sibuk dengan persiapan untuk membuat satu
penghijrahan.


Kepada rakan2 blogger seperti Encik Relevan, Syahbandar87,
Red, Echam, Jejaka Desa, Cikgu Jang, Nur, Kak Rosaliza, Hasue,
Pnut dan yang lain-lain yang tak tersebut di sini, saya dengan
rasa rendah diri ingin mengundang anda semua ke majlis
perkahwinan saya 29 Mei 2009.



Tuesday, May 18, 2010

Sekitar Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


Oleh sebab tarikh 16 Mei jatuh pada hari Ahad, maka
sambutan hari guru peringkat sekolah telah dibuat
pada 17 Mei 2010 iaitu pada hari Isnin.

Perhimpunan khas sempena hari guru ini dimulakan
dengan bacaan doa oleh Ustaz Ab Satar. Kemudian
diikuti oleh nyanyian lagu Negaraku, Negeri Pahang
dan Lagu Sekolah.

Setelah itu, diikuti oleh ucapan KPPM, Menteri Pendidikan,
ketua murid dan pengerusi PIBG. Selepas itu, semua guru
menyanyikan lagu Guru Malaysia dan lagu tema, Guru
Pembina Negara Bangsa.

Selepas itu, acara sukaneka dijalankan. Biasa la, ini acara
wajib setiap tahun. Masa ni la budak-budak pulak tengok
cikgu-cikgu berperangai keanak-anakan semula. Banyak
sungguh taktik untuk memastikan kumpulan sendiri menang.

Selepas di padang, beralih pulak ke dalam dewan. Tahun ni,
setiap kelas mengadakan persembahan sempena hari guru.
Selepas selesai persembahan, ada la bacaan sajak oleh guru.
Selepas itu, acara bertukar-tukar hadiah pula.

Sambutan diakhiri dengan murid-murid memberikan tanda
ingatan kepada guru. manakala guru pulak membekalkan
makanan kepada murid sebelum balik.

Ok, sekian laporan dari saya.

mari kita lihat bukti kejadian...


Warga SKJ 20


Menyanyi lagu hari guru ke tayang gigi ni?


AJK PIBG yang sporting..

Siap sedia untuk bersukaneka

Ok, that's all.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru




Tanggal 16 Mei merupakan hari yang bermakna kepada
seluruh warga pendidik. Kerana tarikh ini telah diabadikan
sebagai Hari Guru.

Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia. Cabaran
kita pada masa sekarang sangat hebat. Tanggungjawab kita
sangat berat.

Walaupun kita diarahkan bergotong-royong untuk meraikan
hari kita sendiri, buatlah dengan seikhlas hati. Walaupun tak
siapa peduli, anggaplah itu saham kita di akhirat nanti.

Selamat Hari Guru.


Tuesday, May 11, 2010

Aktiviti Persatuan SN/MT



Sebenarnya, ini aktiviti minggu lepas. Setiap hari Rabu,
ada aktiviti kokurikulum. Berselang minggu antara aktiviti
unit beruniform dan kelab/persatuan.

Kebetulannya pulak, sekarang ni musim pertandingan untuk
Bahasa Inggeris, maka ramai yang kena berlatih untuk
choral speaking dan action song. Jadi ahli persatuan tinggal
beberapa kerat je..

Jadi bila Pengerusi persatuan cadangkan aktiviti binaan, aku
ok je la. Kebetulannya blok2 lego tu ada, tapi tak banyak sangat.
Tapi sebab budak2 tak ramai, maka tak perlu la mereka ni
berkongsi. Sorang memang dapat satu beg, binalah apa
saja yang boleh mereka fikirkan.

Jom, layan gambar la...


Ha, kan ke kosong kelas tu...


Boys.. apa lagi kalau bukan robot yg selalu diingatnya..


Khusyuk betul dia...


Tengok tu, sampai terbeliak biji mata konsentret..


Yang ni tak tahu berapa kali tukar fikiran....


Antara hasil kerja


Robot lagi...


berselerak ko....


One of my favorite.. bkn robot dah..


Setelah semua hantar. Byk juga bentuk yang unik...