Friday, April 3, 2015

Novel Lagi



Inilah hasil belian di Pesta Buku Selangor 2015. Ada juga yang dicari tapi belum jumpa. Jadi, hanyalah ni yang menarik minat. Kebetulan pulak, drama adaptasi novel Teman Lelaki Upahan masa tu bakal ditayangkan. Beli lima novel ni dapat free novel Kampung Girl. Nasib baik aku memang tak beli novel tu dulu. Baca yang kawan punya je.

Aku memang rasa puas hati beli semua novel ni. Sebab memang tak jemu membacanya. Bukan apa, kadang-kadang ada novel yang tak dapat menangkap minat nak membacanya. 3 mukasurat pun tak lepas. Berminggu-minggu terpaksa ulang dari mula... Last-last, memang tak baca la jawabnya.

Ada lagi koleksi paling baru yang aku beli masa cuti sekolah baru-baru ni. Tapi tak sempat nak snap gambar pun. Sekarang dah tengah pass pada member-member kat sekolah tu. Memang selalu bertukar-tukar novel. Siap pesan dah novel apa yang perlu beli@tak sebab senang nak tukar. Nanti tak ada la terbeli novel yang sama.

Sekarang ni tengah nak cari novel Hati Perempuan. Sebab belum baca dan bila tengok dramanya best aje.











Sunday, March 22, 2015

Sembang Santai

Assalamualaikum.

Setahun lebih dah blog ni terbiar. Nak kata sibuk sangat tu tidak la.Malas menaip tu la pasalnya. Bukan tak ada story tapi mood nak menaiptu yang tak ada.

Antara aktiviti yang aku lakukan tahun lepas ialah bercuti ke Sabah. Bulan Disember 2014 yang lalu. Memang la cerita yang dah basi kan? hahaha...

Tapi tetap nak abadikan juga di sini. Aku pergi dengan beberapa rakan sekolah.  Kebetulan masa tu
member beritahu tiket MAS tengah murah. Aku bertiga beranak tiket x sampai RM800. Gigih nak pergi juga walaupun flight pergi n balik tu malam.

Mmg tak pernah sampai pun ke Sabah. Tu yang nak pergi sgt tu..

Rumah terbalik



Tgk rafflesia kembang

Genglawatan


Di kampung monosopiad

Dlam bot nak gi pulau



Berlatarkan gunung kinabalu yang dilitupi awan


 Bercuti di Sabah daripada 14/12 hingga 18/12 mmg satu pengalaman yang menarik. Ada lagi gambar tapi bila try upload jadi terbalik... tak reti nak pusingkan... hahaha, dah lama tinggal blogspot ni mmg dah lupa...

Paling best makan seafood yang fresh2 kat sana. Shopping x banyak mana sbb mmg tujuan nak makan seafood. 

Okay, that's all for now.


Saturday, August 24, 2013

Potluck Raya @ School

Assalamualaikum.

Memandangkan sekarang ni bulan Syawal maka banyak la tempat yang
membuat rumah terbuka. Kami di sekolah juga x ketinggalan mengadakan
jamuan raya. Konsepnya secara pot luck mengikut meja. Kami berempat yang
semeja bersepakat untuk membawa puding trifle sebagai dessert.

Tapi aku kan mengajar di tahun 6. Buat pulak potluck ni hari jumaat 23/8/2103. Hmmm, dah kemudian baru dapat makan. So x dapat la nak snap gambar makanan  yang lazat-lazat semua tu. Yang pastinya ada nasi impit, kuah kacang, rendang ,sambal tahun (orang jawa punya special), roti jala n kuah durian, salad,sambal goreng jawa, sambal tempoyak, puding roti,
puding trifle, kek batik, rojak buah n banyak lagi la...

Penuh la meja untuk menjamu selera. Masing-masing bawa sorang sikit,
maka jadi banyak la. Konsep kami senang je, semua makanan letak kat bilik
guru  n waktu makan ialah waktu free. Jadi tak ada la kata kena tinggalkan kelas ke apa ke.Jamuan dengan budak2 tahun 4 dan 5 akan dibuat pada hari ni. Tahun 6 tak ada  jamuan raya sebab ada kem motivasi bersama pentadbir.

Ye, hari ni kami sekolah jugak... Walaupun banyak sekolah yang ganti hari ni tapi sekolah kami masih lagi mengganti untuk jerebu hari tu. Masa jerebu tu, kami di Klang cuti 3 hari. Ni la hari terakhir yang nak diganti. Cuti raya hari tu akan diganti pada bulan September pulak. Okay la, sebagai mengakhiri coretan hari ni, hanya ada sekeping gambar  yang sempat diambil.Tu pun aku amik member punya hihihi...


Wednesday, August 21, 2013

Berjumpa Kembali

Assalamualaikum.

Ya Allah, lamanya aku meninggalkan blog ni. Bukan setakat bersawang je
tapi dah taraf rumah hantu ni... Hari ni hati terasa nak meluahkan sesuatu di sini.

Well, update pasal tuan punya diri la dulu ye. Masih lagi belum rezeki nak
menimang cahaya mata sendiri. Anak tiri pun dah tingkatan satu. Masih lagi
duduk dengan aku dan suami.

Pasal sekolah pulak, aku dah selesa di sekolah baru ni. Rasa macam dah lama
kat sini. Tapi mana sama dengan sekolah lama, tetap rindukan suasana di sana. Oh, sempena masih di bulan Syawal ni, aku nak mengucapkan Selamat Berhari Raya kepada semua.

Hmm. kat bawah ni aku sertakan gambar latest raya aku n family. Tahun ni
turn beraya di rumah mak mertua di Sabak Bernam.
                                 My small family

                                                Mak mertua dengan anak n menantu

                                          Mak mertua n the cucu's

                                          Our big families
 Hari raya pertama tu kurang satu famili sbb abang ipar beraya belah mertuanya.
Gambar last tu baru ada..

Okay guys, see u all later. Doakan aku rajin tahun ni ye?

Wednesday, June 27, 2012

Pelbagai Cerita

Assalamualaikum

Cerita 1

Alhamdulillah, pada cuti sekolah bulan jun baru ni aku telah berkesempatan untuk melaksanakan ibadah umrah buat pertama kalinya. Ianya satu pengalaman manis yang tak mungkin dapat aku lupakan. Aku pergi bersama suami, anak, ibu mertua dan makcik suami.

Pertama kalinya juga aku mendapat pengalaman menaiki pesawat. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar tanpa ada apa-apa masalah sepanjang 12 hari aku di sana. Bertolak dari KLIA pada 27/5 jam 8.00 pagi. Transit di Jakarta dan tiba di Jeddah jam 5.00 petang waktu di Jeddah.

Bertolak dari Jeddah jam 7.00 mlm dan sampai di Madinah jam 2.00 pg. Beza waktu antara Malaysia dan Arab Saudi  Malaysia awal 5 jam. Kami menginap di Hotel Fayroz yang tak sampai 100 meter dari Masjid Nabawi. Alhamdulilah, dapat bersolat 5 waktu di Masjid Nabawi sepanjang 3 hari di sana. Dapat juga bersolat di Raudhah.

Petang Khamis bertolak ke Mekah. Bermiqat di Bir Ali. Sampai di Mekah lebih kurang jam 10 lebih. Menginap di Zahraht Kamil Hotel. Pukul 12 malam, aku bergerak ke Masjidilharam untuk menunaikan umrah dengan bimbingan mutawif. Selesai melakukan umrah, kami terus berada di Masjidilharam, menunggu untuk solat subuh.

Sepanjang berada di Mekah, dapatlah aku melakukan 6 kali umrah. Alhamdulillah, kesihatan aku baik, cuma suami demam satu hari... Aku cuma batuk dan selsema. Bertolak balik dari Mekah jam 4 petang, terus ke Jeddah. Penerbangan balik jam 12.30 pg waktu Jeddah. Transit di Jakarta dan sampai semula ke KLIA jam 8.30 malam..


Cerita 2

Pada hari Jumaat 22/6/2012 baru-baru ini aku telah dikejutkan dengan berita kembalinya rakan baikku semasa belajar di OUM dulu ke rahmatullah.  Mungkin rakan-rakan  maya ada yang mengenali arwahnya juga. Arwah lah yang telah mengenalkan aku kepada dunia blog ini. Arwah ialah tuan yang empunya blog www.ayang-adleyna.blogspot.com .

Paling menyentuh hati ialah perginya arwah bersama-sama dengan ayahandanya yang tercinta. Diberitakan, arwah telah sesak nafas dan pengsan apabila melihat ayahnya pengsan. Bila dikejarkan ke hospital, doktor telah mengesahkan yang kedua-duanya telah tiada..

Al-Fatihah buat sahabatku, Haslina @ Sarina bt Ahmad. Semoga kau tenang di sana..


Cerita 3

Petang Isnin 25/6 pula aku telah dikejutkan dengan panggilan daripada suami. Rupa-rupanya, hubby telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dengan ambulan. Ya Allah, hanya Allah saja yang tahu perasaan aku masa tu.. Hubby dah berada di wad kecemasan tu dari pukul 3 ptg lagi tapi dia hanya call aku pukul 6.30 ptg... Alasannya, dia jangka tak kena masuk wad....

Dah la aku tak tahu macam mana nak drive ke HTAR tu... Hubby relax je suara dlam telefon, siap gelak-gelak dan cakap jangan panik.  Minta tolong jiran hantar ke HTAR lepas maghrib. Hubby masih di wad kecemasan. Bila tengok hubby macam bias, baru rasa lega sikit.

Doktor di Klinik Kesihatan yang buat rawatan biasa tu kesan degupan jantung hubby macam tak stabil, lemah je dia kata. Tu yang dia hantar terus ke hospital walaupun hubby rasa sihat. Dah uruskan pasal masuk wad tapi sampai pukul 10 mlm masih kat situ juga. Last-last, hubby suruh balik walaupun aku nak tunggu. Dia kata dia sihat, paksa juga aku balik.

Aku sampai rumah dlam pukul 10.30, hubby sms pukul 10.40 tu dia baru dapat masuk wad. Esoknya, Selasa tu aku gi sekolah dengan separuh hati. Nekad juga gi jumpa GB, minta Guarantee Letter dan minta cuti. GB terus luluskan. Jumpa anak dan pesan suruh balik dengan jiran. Balik rumah kejap, ambil sampel ubat hubby dan drive ke HTAR. Tawakal aje drive sorang2.

Sampai wad, hubby terkejut sebab dia tak jangka aku datang. Masa tu ada 2 orang doktor tengah check hubby. Dengar dorang bincang untuk refer hubby sama ada ke IJN atau Hospital Serdang. Hubby pilih Hospital Serdang sebab tahun 2009 dia buat rawatan kat situ. Lepas tu, dalam pukul 11 lebih doktor pakar pula datang, masa tu hubby tengah buat rawatan ECG.

Bila hubby keluar dr bilik rawatan tu dia bagitau yg dia boleh balik. Tak perlu refer ke mana2 pun sebab bukan serangan yang macam dulu, salur tak tersumbat pun.. Doktor di klinik tu yang paranoid sangat dia kata.. Dan, alhamdulillah, hubby dah boleh keluar wad.

Cerita 4

Petang tadi pergi ke Tabung Haji. Dan selamat mendaftar untuk menunaikan haji. Kalau ikut tarik yang dia bagi tadi pada tahun 2050. Kalau panjang umur, insyaallah, akan sampai ke sana. Dan mana lah tahu, kot-kot dapat rezeki awal pulak kan?

Ok, bye..