Thursday, February 25, 2010

Kursus

Aku telah menghadiri kursus yang pertama untuk
tahun ini. Kursus ini dinamakan Kursus Numerasi.
Ini khas untuk guru-guru Matematik Tahun 1. kali ini
daerah Maran bergabung dengan daerah Pekan.

Kursus ini diadakan selama 3 hari 2 malam dan
bertempat di Hotel Seri Malaysia Kuantan. Kursusnya
bermula 21/2 dan berakhir pada 23/2 yang lalu.



Sini la tempat kursusnya.

Mengikut maklumat, sebab banyak budget yang
dah ditarik, maka inilah satu-satunya kursus
yang diadakan di hotel...
Maka, aku adalah antara yang bertuah itu...

Kursus ni untuk mengajar murid-murid
dari Tahun 1 supaya menguasai fakta asas
Matematik. Makanya ia lebih kepada membuat
game, menyanyi, menggunting dan yang
sewaktu dengannya.


Antara hasil perbengkelan


Zoom sikit hasil perbengkelan kumpulan aku.

Walaupun begitu, bebanan kerja memang semakin
bertambah. Biasala la, mana ada kerja yang senang kan?

Monday, February 8, 2010

Latest

Mari kita ikuti perkembangan rumah aku.
Selalunya, aku pergi tengok rumah ni lepas
Asar la. Balik sekolah kadang-kadang dah
dekat pukul 4.

Tapi tak setiap hari aku pergi. Kalau ada latihan
sukan kat sekolah memang tak jenguk la. Sebab
sekarang ni kat sekolah pun memang sibuk
dengan macam-macam aktiviti.

Ok, first gambar ni aku ambil masa hujung bulan
Januari hari tu. Tak ingat pulak la tarikhnya.


Masa ni atap tak sampai lagi.


Yg ni pun hari sama juga


Yg ni pulak 5/2/2010.

Sila abaikan saiz gambar ye. 2 Gambar yg diatas guna
hp murah, sebab tu gambar kecik sikit.


Ni pun 5/2/2010

Ok, yg bawah ni latest punya. Diambil pd 7/2/2010.
Dah siap plast luar dan dalam.




Bdk baju merah itu sedang tunjuk rajin....

Ok, bye

Saturday, February 6, 2010

Merentas Desa


Sekolah aku telah selamat mengadakan acara merentas
desa peringkat sekolah pada 5/2/2010 yang lalu. Acara
ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu tahap 1 dan
tahap 2.

Laluan tahap 1 singkat berbanding tahap 2. Dan laluan
bagi perempuan tahap 2 singkat baerbanding lelaki.
Aku. macam biasa la, bahagian statistik. Maka, kena
jaga penamat la.

Tak pernah pun merasa jaga check point. So, meh la
kita melayan gambar-gambar sekitar kejadian...


Memanaskan badan


Yg baju oren tu GPK KO


Ceria sebelum memulakan acara


Cikgu pun mesti ceria gak...


Antara yg tercedera


Taklimat selepas larian


Pemenang Tahap 1


Pemenang Tahap 2

Tapi aku kecewa sangat sebab Rumah Merah langsung
tak menyerlah kali ni..Wa....

Wednesday, February 3, 2010

Under Construction

Short update...


Ni gambar rumah aku yang masih dalam pembinaan.
Gambar ni aku ambil dah lama, 17/01 hari tu..
cuma tak dan nak publishkan.


Gambar yang latest pun dah ada tapi tak sempat
nak transfer dalam laptop. Maklum la sejak
duduk rumah sewa ni, mana ada internet. Tu
yang blog ni bersawang dah.

Ok, bye..