Assalamualaikum.
Diam tak diam dah masuk hari yang ketiga belas kita berpuasa.
Dah dekat setengah bulan pun. Sekarang ni mood nak raya pula
la yang datang kan?
Setakat hari ni, aku pergi pasar ramadhan pun baru 3 kali. Hari
Jumaat 3/8 tu pasal peti sejuk dah kosong. Nak singgah kedai
masa balik sekolah tak sempat. Satu kedai tu tak ada parking dan
satu lagi yang dekat dengan rumah dah tutup untuk solat Jumaat.
Aku punya pe'el pulak, kalau dah masuk rumah, "cinta" sangat nak
keluar semula.
Hari kedua yang aku pergi pasar ramadan ialah 6/8, hari Sabtu. Aku
balik kampung hubby dan mak mertua kata beli aja, maka menantu
yang mithali ni pun ikut aje la, hehehe.... Yang ketiga pada hari Ahad
7/8 sebab balik sampai dari kampung hunny pun dah pukul 6.45 ptg.
Selebihnya aku masak aje la. Sampai mak aku yang kat jengka tu pun
pelik sebab masak. Dia tahu aku la selalu ajak pergi ke pasar ramadhan
sebab nak elak dari memasak. Dia tahu anak dia ni sebenarnya liat sikit
bab masak memasak ni. Bukan apa, aku ni besar di asrama, bila balik cuti
memang tak rajin ke dapur. Lepas tu bila masuk maktab, aku dan beberapa
kawan lain adalah antara yang termuda dalam kelas, 19 tahun. So, ramai
lagi kakak-kakak yang terrer bab masak ni.
Bila posting pun sama juga. Aku yang paling muda. Start 1998 sampai 2003
aku adalah cikgu yang paling muda kat sekolah. So, bila ramai kakak, tentu
la part masak dorang yang take over bila ada apa-apa berkaitan memasak.
Duduk pulak dengan mak sebab posting dekat dengan rumah. Balik sekolah
tinggal makan aje lagi....
Dan bila ada apa-apa majlis kat sekolah, contohnya jamuan raya dan nak
kena bawa apa-apa aku akan minta akak aku buatkan. Aku hanya beli
barang dan akak aku akan buatkan. Manja sungguh aku kan? Tu yang
bila kahwin ni, (aku kahwin lambat, pada sapa yang tak tau...), aku
surprise dengan diri sendiri tau...
Mana taknya, banyak masakan yang aku tak pernah mimpi akan masak,
aku dah berjaya memasaknya. Sedap tak sedap, aku tengok, habis aje anak
dan hubby makan. Bulan puasa ni, first time aku belajar buat kuah laksa,
buat agar-agar laici dan kukus ikan.
Terima kasih juga kepada blog-blog masakan kat internet ni sebab banyak
membantu aku membaiki skill memasak aku. Tak ada la malu aku nak
memulangkan bekas yang dihantar dek jiran-jiran.. hehehe
Okay, that's all for now
3 comments:
Wah...cayalah kak.....
sy gak yang tak pas2 lagi bab masak ni... ujung minggu je ngadap dapur, tu pun slalunya abg yg lebih banyak masak....
Eyna,
pas la kot.. ko tak tengok abg nizam sekarang ni, perutnya dah naik tau..
hahaha..dia kata akak la yg buat perut dia naik
hehhe.... tu lah bezanya masa zaman solo dgn bila ada orang rumah.... bukti nyata yg bleh dilihat kat abg nizam.
Berbaloi2...
Post a Comment