Wednesday, July 13, 2011
Novel 3 : Bisik - Bisik Gelora
Assalamualaikum.
Hehehe..Ini novel Fauziah Ashari yang ketiga aku beli.
Aku suka first novel dia, Pergilah Sepi. Walaupun ramai
yang suka Ombak Rindu tapi aku tak suka la cerita tu.
Well, macam mana Bisik-Bisik Gelora ni bagi aku kali ni?
Novel ni membuatkan aku kembali suka dengan karya
Fauziah Ashari. Jalan ceritanyaberlainan sikit walaupun
masih bertemakan cinta.
Novel ini berkisarkan tentang kisah seorang wanita yang
bernama Banin Arumi. Di peringkat remaja, dia seorang
yang sosial dan agak liar sehinggakan ayahnya menghantar
dia ke kampung semasa menunggu keputusan SPM
Di sana dia berjumpa dengan Jad Izzuddin yang nakal. Jad
telah merancang untuk mencuri di rumah nenek Arumi dan
tanpa dia sangka. dia telah dikhianati oleh kawannya. Maka
Jad dan Arumi telah ditangkap basah.
Untuk menutup malu, dorang ni kena kahwin. Selesai akad
nikah Jad telah ditangkap polis kerana dikatakan merompak
di sebuah rumah. Tak cukup dengan itu, mak dan ayah Arumi
telah meninggal dalam kemalangan pada hari yang sama.
Arumi telah menyambung pelajaran ke luar negara dan kerja
di sana tetapi telah dihantar balik ke Malaysia dan secara tak
sengaja telah berjumpa semula dengan Jad. Dia juga telah
mencuri perhatian pak we lamanya yang membuatkan Jad
cemburu.
Banyak juga la konflik yang ada tapi paling tak tahan ialah
bila Jad tak mengaku yang anak yang dikandung Arumi
ialah anaknya. Jad tuduh Arumi melacurkan diri. Arumi ikut
saja bila Jad jadikan dia macam pembantu rumah cum pemuas
nafsu sebab nak kumpul duit ubat anaknya yang sakit.
Ada juga diselitkan sedikit elemen thriller sebab Arumi juga ada
stalker yang membunuh ramai perempuan yang menyerupai
Arumi. Klimaksnya apabila stalker tu pecah masuk rumah Jad
dan menyerangnya. Bila dah berdarah-darah tu baru la nak Jad
mengaku cintakan Arumi.
Puas hati la dengam cerita ni. Aku nangis bila part Jad pukul
anaknya Akif dengan tali pinggang sebab budak tu tak sengaja
calarkan keretanya. Sian budak tu...
Heheh, aku memang emosi kan? Aku bagi 3 1/2 bintang untuk novel ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Layan feeling dengan novel yek....
Layan je la...
Release tension sikit. hehehe
Post a Comment