Friday, July 8, 2011

Movie Time



Assalamualaikum.

Sebenarnya aku gi tengok Transformers 3 ni pada malam
Ahad 3 Julai yang lepas. Hubby teringin sangat nak tengok
dalam 3d, so kitorang beli la tiket untuk 3D ni. Oh ya, anak
pun ikut sekali tengok filem ni.

Aku pun tak pernah tengok lagi macam mana wayang dalam
3D ni. Punyalah excited kononnya.. Ye la, first time kan?
Kitorang punya favorite tempat nak tengok wayang sekarang
ni ialah di MBO kat Harbour Place. Untuk wayang 3D ni, tiket
pun murah, RM16 dewasa dan RM11 kanak-kanak.

Apa perasaan aku tengok wayang 3D ni? Ermm.. aku tak suka
sangat pasal aku pakai cermin mata dan bila kena letak pulak
cermin 3D tu jadi penyek pulak atas hidung, tak selesa la..
Makanya, sepanjang tengok tu, aku pegang je cermin khas tu.

Hubby pulak kata, bila tengok 3D ni, tak boleh nak buat apa.
Kena tumpu betul, nak makan pun dia tak boleh. Sebab tu pop
corn dia tak habis. Tapi, memang nampak real la sangat, sampai
rasa muka robot tu depan mata aje.. dan bila ada serpihan api
tu rasa macam nak tundukkan kepala sebab takut terkena..
hehehe.. orang tak pernah rasa 3D la katakan...

Tapi yang tak tahan tu sebab Patrick Dempsey jadi jahat. Ala,
tak best betul.. jahat yang memang jahat sangat la. Tapi ada gak
part sedih.. masa Autobots nak kena hantar ke angkasa dan
Bumblebee nak pisah dengan Sam tu.. wa, sedih sangat.

Bab lawan-lawan tu, macam biasa la. Kereta-kereta pun cantik
gak. Robot Decepticon yang baru, Shockwave memang jahat gila,
kalah starscreamer jahatnya.

Kiranya puas hati juga la tengok... So, sapa belum tengok, sila
la ke pawagam berhampiran ye? Sekarang ni, aku tengah tunggu
Harry Potter.. Ye, aku memang suka Harry Potter, semua bukunya
dah berulangkali aku baca.. Tak sabar tunggu nih...

No comments: