Wednesday, June 29, 2011

Hari Terbuka @ Hari Pelaporan di SKRP

Assalamualaikum.

Wah, sorry la lama x update. Tergolek terbaring ngadap
novel yang diberi. Hehehe, will update about that later.
Ni nak cerita pasal Hari Terbuka kat sekolah aku ni yang
diadakan pada 28 Jun 2011.

Aku pun nervous gak sebenarnya. Ye la, dah lama tak jadi
guru kelas dan jumpa parents ni. Masa taklimat hari tu dah
diberitahu yang setiap guru kelas akan diberikan air kotak
dan 2keping pizza saja untuk makan. Ye la, dah satu kelas
ada 30-40 orang murid. Kalau semua parents datang dan
ambil masa 5 minit untuk setiap murid pun dah berapa lama
masa kan? Tapi ada la juga diperuntukkan masa rehat untuk
pergi ke kantin.

Yang kelas aku, cuma 26 murid je hadir. Ada 10 orang yang
tak datang. Agaknya sebab parents mereka tak boleh datang
untuk sign buku pelaporan la tu.. Sebab kan murid boleh balik
mengikut parents lepas sign buku rekod tu. Kalu parents tak
datang, maka mereka akan balik lambat la..

Dan, alhamdulillah.. perjumpaan tu berjalan dengan lancar bagi
kelas aku. Ada juga yang muridnya tak datang tapi maknya
datang untuk sign. Maknya mengaku sendiri anaknya tak mahu
datang sebab maknya selalu datang lambat untuk sign dan dia
tinggal sorang dalam kelas selalu...

Dan hasil dari perjumpaan ni positif belaka. Ada mak yang betul-
betul faham sebab dia bagi tahu anaknya bukan nombor yang
penting tapi gred. Ye la, kelas yang aku pegang ni kelas yang ke-10
dari 14 kelas di situ.

Jam 11 dah hampir settle semua. Cuma ada sorang murid je lagi
yang ayahnya tak datang. Sian juga aku tengok.. Dah 2 kali dia
minta izin nak telefon ayahnya. Pukul 12.30 barula ayahnya datang,
Ok, that's all...

No comments: