Monday, November 8, 2010

Cuti-Cuti Cinta


Picture credit to sinemamalaysia.com.my

Sebuah filem yang sangat santai dan memang enjoy menontonnya.
Aku dan hubby pergi masa cuti Deepavali baru ni. Suka la dengan
jalan cerita, pelakonnya dan pemandangan dalam filem ni.Walaupun
nampak ringan tapi masih ada mesej yang ingin disampaikan.

Nora Danish amat cantik dalam filem ni. Lakonannya sebagai anak
orang kaya yang manja dan mengada memang menjadi. Farid Kamil
pun bagus juga, lain la sikit daripada yang biasa dilihat sebab dalam
filem ni ada masa dia macam baik sangat dan ada masa boleh berubah
karektor.

Lain-lain pelakon juga tak menghampakan terutamanya Adeep dari The
Fabulous Cats. Tak payah keluar dialog pun dah boleh buat orang gelak.
Zed Zaidi punya lakonan macam yang selalu kita tengok la, jadi anak
orang kaya yang nakkan harta saja...

Dialog-dialog lucu datang secara spontan saja. Tak ada la dialog yang
memaksa penonton untuk gelak. Semua spontan mengundang ketawa.
Ok, dari segi jalan ceritanya, kita memang dah boleh agak filem ini
akan menjurus ke mana. Meaning, ending yang amat predictable tapi
tak mencacatkan pun.

Aku syorkan pada sesapa yang nak tengok filem ni, pergilah... tak rugi
pun. Memang untuk merehatkan minda, tak payah fikir apa-apa.

Wednesday, November 3, 2010

Happy Hours



Peluang untuk berjumpa rakan-rakan OUM memang takkan
dilepaskan begitu saja. Tapi walau apapun, kena mintak izin
hubby la dulu. Bila hubby kata ok, wow, rasa nak melompat aje.
nak-nak pulak katanya kali ni ramai juga yang nak menjoinkan
diri. Tu yang tambah bersemangat nak pergi tu....

Setelah beberapa siri perbincangan di FB, maka kata sepakat telah
diambil untuk berjumpa di Pizza Hut Temerloh. So, kali ni sebab nak
berjumpa member, maka aku memandu berseorangan ke Temerloh.
Kalau tak, mesti aku angkut mak sekali.. hehehe..

So, reunion kali ni yang dapat menjoinkan diri ialah aku, Kak Nisa,
Kak Jue, Kak Zue, Eyna, Luga n her 3 kids, Zarina and her girl. Memang
meriah la kat pizza tu. Nak-nak lagi kitorang baru kali ni dapat tengok
anak kecik Luga, Grace. Sebab tak tau nama penuh, Kak Nisa panggil
baby tu Arabella Grace Garcia, hehehe.. ring a bell x? Ala, watak Kristine
Hermosa dalam citer Philiphine tu...Sanay Wala Nang Wakas tu...
Bila tanya Luga, nama betulnya ialah Angelina Grace....

Dan nak jadi kebetulan juga, first reunion dulu, masa aku dan Kak Jue
baru lepas interview untuk DG41 dan kali ni pulak Luga dan Kak Zue
yang interview pagi tadi. Bila kongsi-kongsi cerita, rasa bernasib baik
sangat la aku interview bulan 3 tu. Penemuduga kali ni memang strict dan
tanya macam-macam.

Okay la, mari kita layan gambar sekitar majlis perjumpaan tak rasmi kami,
OUM Mate batch 2005/08 PPT Mentakab.


Luga, Ryan n Grace.. cute kan si kenit tu?


Sakinah: kakak suka makan telur je, x suka pizza...
apa aje la anak sulung Zarina ni... hehehe


Kak Zue and Kak Jue


Cheese... Grace mengamuk sbb dia nak makan lg sup tp
Luga x mo kasi, hehehe..


Sedap sgt ke sup tu Na?


And big thanks to Kak Nisa, our sponsor. len kali leh get together lg..


Licin!

Apa-apa pun, memang best la dpt berjumpa dan bertukar-tukar
cerita.

Tuesday, November 2, 2010

Kursus

Aku menghadiri kursus KSSR(Kurikulum Standard Sekolah Rendah) di
Maran selama 2 hari iaitu pada 1 dan 2 November baru ni. KSSR ni baru
diperkenalkan untuk murid tahun 1 tahun depan. So, pada sesapa yang
ada anak berumur 6 tahun tahun ni, anak anda akan belajar Matematik
dan Sains dalam Bahasa Melayu semula....

Kalau ikut jadual yang diberi, kursus akan habis pada jam 5.15 petang tapi
kumpulan kami telah berbincang dan tak mahu ambil masa rehat, jadi
boleh la balik awal sikit. Hari pertama tu balik pukul 2 dan hari kedua ni
pukul 3 lebih sebab ada pembentangan.

Rasanya inilah kursus yang aku hadiri yang suruh pilih ahli group sendiri.
Kan selalunya organizer yang bagi group. Tapi aku pun tak de la pilih nak
group dengan orang yang kita dah biasa. kali ni aku group dengan cikgu dari
SK Bukit Lada, SK Desa Jaya dan SK Jengka 8. Memang best group dengan
adik-adik ni. Masing-masing ada idea dan paling best, tak ada la nak bertolak-
tolak tentang siapa yang nak jadi pembentang.

Banyak info baru yang aku dapat dari sini. Sukatan pelajarannya memang la
dah lain dari sekarang. Ada tambahan topik pulak tu dan kurangnya masa
mengajar matematik daripada 7 masa seminggu kepada hanya 6 masa sahaja.
Ini kerana masa tersebut dialihkan kepada masa Bahasa Inggeris.

Banyak juga berlaku perbincangan yang aku rasa cukup baik. Sebab masing-
masing banyak memberikan pendapat yang bernas. Tunggulah pelaksanaannya
tahun depan...